Friday, 23 December 2011

Huru-Harakan Kuala Lumpur

 
Semalam bertempat di Bukit Segambut, Anwar Ibrahim telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama 150 mahasiswa yang telah  direkrut untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Januari 2011.

Sokongan mahasiswa ditagihkan beliau bagi menghuru-harakan Kuala Lumpur menjelang keputusan kes liwatnya 9 hb Januari nanti.

Matlamat mereka iaitu pada 9.01.2012 nanti para mahasiswa akan dijadikan pengerak utama dalam melakukan kempen menentang Najib Razak dan juga kerajaan.

Pendekatan yang akan diambil dalam perhimpunan nanti berbeza dengan demo haram BERSIH 2.0, kali ini matlamat mereka mensabotaj perkhidmatan awam yang sedia ada di sekitar Kuala Lumpur.


Maklumat dari agen Abu Ubaidi yang hadir ke program tersebut bahawa Anwar Ibrahim melalui sebuah yayasan yang di Pengerusi oleh Wan Azizah akan menyalurkan bantuan kepada golongan mahasiswa dengan minimum RM500 dan maksimum RM1,000.

Abu Ubaidi percaya bantuan yang diberi itu bagi menggalakan mahasiswa mencari pengaruh dikalangan mereka untuk digerakan pada bila-bila masa perlu.


Pesan Abu Ubaidi : Mahasiswa jangan menjadi agen untuk menghancurkan negara demi kerakusan seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim

No comments:

Post a comment