Wednesday, 21 December 2011

Pakatan Pembangkang Menggunakan Istilah 'Freedom' Untuk Tumbangkan Kerajaan


Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim dan sekutunya kini cuba menggerakan Revolusi Rakyat dengan menggunakkan slogan 'hak asasi manusia' atau  'Freedom' bagi menggoncang kestabilan negara sehingga mampu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Setelah perhimpunan haram BERSIH 2.0 secara totalnya gagal mendapat perhatian rakyat seperti yang berlaku di Mesir, kini mereka cuba mengerakan melalui gerakan mahasiswa untuk mencetuskan revolusi atas nama kebebasan seperti yang berlaku pada Sabtu lepas.

Matlamat mereka kononnya menuntut kuasa autonomi mahasiswa dan mendesak kerajaan menghapuskan AUKU sedangkan pada masa yang sama pihak kerajaan sudah mengambil keputusan untuk mengkaji semula AUKU. Persoalannya apa yang sebenarnya mereka inginkan?

Pandangan Abu Ubaidi ialah mereka ingin menimbulkan suasana huru hara, mengoncang kestabilan negara, merosakkan ekonomi negara sehingga menjatuhkan penguasa yang sedia ada. Sepatutnya mereka perlu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Syiria. Negara akan menjadi lebih miskin, kehidupan akan bertambah susah dan penganguran akan bertambah.

Pesan Abu Ubaidi : Penganjuran Pesta Tahunan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ialah satu elemen atas nama 'freedom' dan 'hak asasi manusia' yang cuba di bawa masuk ke dalam negara.

No comments:

Post a comment