Wednesday 14 May 2014

Huan Cheng Guan Yang Saya Kenal


Saya mengenali Datuk Huan Cheng Guan sekitar tahun 2008 dahulu, ketika itu beliau Naib Presiden GERAKAN tetapi tewas dalam PRU12. Walaupun beliau tewas ketika itu, tetapi belliau telah dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional di Parlimen atas pengalamannya sebagai bekas Wakil Rakyat.
Selepas beliau tewas (2008), kami bersembang pengalaman beliau selama menjadi wakil rakyat dan azamnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Sebagai bekas seorang tentera, ciri-ciri personaliti "smart", menepati janji dan tetap pendirian masih kekal dalam diri beliau.

Sehingga ke hari ini, apabila saya menelefon beliau baru satu dua kali deringan beliau sudah mengangkat telefon, sungguh cepat. Beliau mendengar perbualan kita dengan cermat dan memberi pandangan yang baik.

Beliau adalah bekas tentera laut jika saya tidak silap, pernah berkhidmat di Labuan sebelum bersara dan melibatkan diri dalam politik Pulau Pinang.

Berdasarkan rekod PRU 2004, Datuk Huan Cheng Guan memenangi kerusi parlimen Batu Kawan dengan jumlah undi17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperolehi 6,552 undi.

Pada tahun yang sama juga di Bukit Gelugor, Karpal hampir tewas dengan memperolehi undi 22,529 undi manakala calon MCA Lim Boo Chang memperolehi 21,268 undi.

Saya berpendapat, pengalaman Datuk Huan Cheng Guan di dalam tentera, kerajaan dan NGO sangat sesuai kepada rakyat di Bukit Gelugor. Saya pasti beliau tidak akan mengecewakan jika terpilih di Bukit Gelugor.

No comments:

Post a Comment