Tuesday, 5 November 2013

PAS Menang Mahfuz Salahkan SPR..


PAS menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diatas kekurangan nilai perbezaan majoriti diantara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan SPR menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja merupakan faktor mengapa undi kepada PAS berkurangan ekoran ramai pengundi yang layak tidak dapat hadir kerana bekerja pada hari mengundi.

"Sepatutnya SPR mesti mencari ruang untuk menggalakkan kesedaran untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi.

"Sebab itu saya berharap supaya SPR tidak lagi mengadakan pilihan raya pada hari bekerja kerana menafikan sebahagian daripada mereka yang tidak berpeluang untuk balik kerana jauh (dari tempat mengundi," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Agama Yan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengurangan majoriti undi PAS pada PRK Sungai Limau kepada 1,084 undi berbanding 2,774 undi pada PRU13.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kekal milik PAS selepas penyandangnya Allahyarhan Tan Sri Azizan meninggal dunia.

Keputusan PRK tersebut menyaksikan Dr Sohaimi tewas kepada Mohd Azam dengan kiraan undi 10,895 berbanding 12,068 dari PAS.

Sehingga penutup tempoh mengundi pada jam lima petang di kesemua 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Limau, sejumlah 23,249 pengundi menjalankan tanggungjawabnya di kotak undi.

P/s: Menang pun salah tambah lagi kalau kalah.. Tabiat buruk tu tak pernah berubah dalam pembangkang

No comments:

Post a comment