Wednesday 13 November 2013

Kesungguhan kerajaan untuk melihat rakyat malaysia memiliki rumah


Abu Ubaidi amat teruja dengan kesungguhan kerajaan untuk melihat rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Langkah terbaru iaitu menyediakan skim pembiayaan dengan kadar bayaran bulanan jauh lebih rendah daripada kadar pinjaman biasa adalah satu lagi bukti komitmen kerajaan dalam usaha mensejahterakan rakyat.

Skim itu khusus untuk membantu rakyat yang gagal memperoleh pinjaman biasa bagi memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Kerajaan telah menyasarkan pembinaan 80,000 rumah PR1MA setiap tahun dan langkah terbaru ini sekurang-kurangnya memberi peluang semaksimum mungkin kepada rakyat untuk mendapatkan kemudahan pinjaman.

Melalui skim baharu itu, pembeli PR1MA mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000. Dalam masa terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan secara rasmi mengenai pelaksanaan skim itu selepas perincian pelaksanaanya dibawa ke pengetahuan Kabinet minggu ini.

Pastinya dalam kerangka menyediakan perumahan mampu milik sebanyak mungkin dan disertakan dengan kemudahan pinjaman, usaha juga perlu dibuat bagi mengekang kenaikan harga semua jenis rumah kediaman. Ia amat perlu supaya kedudukan harga rumah yang sesuai akan turut membantu memudahkan rakyat memiliki rumah.

Inovasi dari penggunaan bahan mentah serta kaedah pembinaan tertentu kemungkinan juga boleh menyumbang dalam mengekang kenaikan harga rumah.

No comments:

Post a Comment