Thursday, 29 August 2013

Lim Guen Eng Haramkan Filem Tanda Putra???


Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang telah memasuki pawagam di seluruh negara selepas beberapa kali tertangguh diharamkan penayangannya di Pulau Pinang atas arahan Ketua Menteri Lim Guen Eng.

Bagi Abu Ubaidi, ia suatu kerugian kepada rakyat terutamanya generasi baru dan peminat filem tanah air dalam erti kata mengenal sejarah negara sendiri. Abu Ubaidi pernah diberi peluang menyaksikan filem ini dalam tayangan pratonton mendapati ia sarat dengan sejarah negara yang dipersembahkan menerusi penciptaan hasil kretif.

Abu Ubaidi tidak nampak kewajaran mengapa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP itu bertindak sedemikian dan alasan yang diberikan oleh Setiausaha Agong DAP itu sekadar helah. Mungkin kerana filem itu menceritakan perjalanan sejarah politik tanah air dan akibatnya ada pihak amat tidak senang.

Apapun itulah contoh dasar keterbukaan yang dilaung-laungkan oleh  DEMOCRATIC Action Party itu. Porahhh !!!

No comments:

Post a comment