Monday, 15 October 2012

DAP Kedah Bantah Panduan Papan Iklan Sopan


Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan.

Beliau dengan lantang menyatakan bahawa sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri. Malah beliau turut mengulangi bahawa DAP negeri tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam.

Isu ini timbul sebaik sahaja kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.  Antara garis panduan yang ditekankan ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat. 

Guan Aik berkata, kenyataan Datuk Bandar tersebut cuma pendirian peribadinya kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk mengubal atau mewartakan sesuatu peraturan tanpa persetujuan oleh Ahli Majlis yang diwakili oleh wakil daripada parti pakatan rakyat.

Akhir sekali beliau mengingatkan setiap Ahli Majlis supaya bertanggungjawab kepada parti. Parti tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka jika mendapat tahu kepentingan parti diketepikan.

p/s : Terang lagi bersuluh sikap DAP terhadap Islam. Lagi mau sokong ka!!!!

No comments:

Post a comment