Saturday 19 May 2012

Muzakarah UMNO - PAS Musnah!!!

 

Impian Umat Islam di negara ini untuk melihat kedua-dua pemimpin parti ini duduk semeja untuk membincangkan isu-isu Islam dan Melayu dilihat gagal. 

Sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"UMNO kena terima PAS sekali dengan Pakatan Rakyat. Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan Pakatan,"

Kenyataan Nik Aziz ini mengecewakan SELURUH UMAT ISLAM di negara ini, sedangkan dengan DAP sekalipun Nik Aziz boleh duduk semeja tapi bila dengan UMNO pelbagai helah dan alasan yang diberikan.

Dalam dunia ke arah Globalisasi ini, umat Islam tidak mampu lagi berpecah-belah sedangkan musuh-musuh Islam sedaya upaya membawa masuk pengaruh-pengaruh sesat seperti Pluralisme dalam agama, Liberalisme dan LGBT.

Kerana kepentingan Politik mereka sanggup lacurkan Agama dan persetankan penyatuan...
Terima Kasih Tuan Guru Nik Aziz...
Terima Kasih Parti 'Islam' Semalaysia...
Semoga Allah merahmati kamu semua....

No comments:

Post a Comment