Wednesday 14 September 2011

Neoimperialis Abad ke 21

Malaysia adalah negara yang strategik kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia sejak zaman Empayer Melaka hingga ke hari ini. Kuasa besar tertentu masih cuba untuk menjajah Malaysia mutakhir ini walaupun negara sudah berdaulat dan merdeka. Usaha ini dilakukan menerusi pelbagai kaedah yang halus dan rencam seperti penyusupan pengaruh, kepentingan serta proksi kuasa-kuasa besar tertentu ke dalam pertubuhan politik, organisasi bukan kerajaan dan mungkin organisasi media. Pengaruh, kepentingan serta proksi kuasa-kuasa besar ini disusupkan menerusi pembiayaan kewangan kepada kumpulan talibarut yang terdiri daripada individual-individu tertentu yang lazimnya memimpin pertubuhan politik, NGO atau media. Ini yang disebut sebagai neoimperialisme atau penjajahan cara baru.

Matlamat jangka pendek penjajahan cara baru ini adalah untuk menjejaskan kestabilan politik, sosial dan ekonomi di negara-negara sasarannya menerusi penciptaan keadaan suasana huru-hara dan kacau bilau. Matlamat akhir penjajahan cara baru ini pula adalah untuk menukar pucuk pimpinan negara sasaranya supaya pemimpin boneka baru yang jadi pilihan neoimperialis dapat ditabalkan bagi memenuhi kepentingan kuasa asing tertentu. Menerusi cara ini sesebuah kuasa besar tertentu dapat menguasai negara yang menjadi sasarannya menerusi pemimpin bonekanya tanpa melakukan serangan ketenteraan. Sebab itulah negara yang sering menjadi sasaran kuasa-kuasa penjajah baru ini adalah negara yang mempunyai hasil bumi yang penting atau memiliki kedudukan geografi yang strategik kepada pihak asing. Contohnya adalah wilayah-wilayah di Benua Asia.

Huraian di atas membuktikan Malaysia tidak terkecuali daripada strategi neoimperialis di abab ke 21. Oleh sebab itulah gejala penjajahan baru ini kian mencabar Malaysia pada hari ini menerusi pelbagai karenah individu politik serta tindak-tanduk beberapa pemimpin NGO tertentu. Dalam konteks ini, kuasa-kuasa besar terbabit bertungkus lumus mahu menguasai Malaysia untuk membolehkannya menguasai Selat Melaka dan Laut China Selatan yang menjadi laluan utama kepada pegangkutan minyak dan gas asli bagi keperluan Negara China yang dijangka akan menjadi kuasa ekonomi dunia menjelang tahun 2016. Penguasaan ke atas kedua-dua perairan ini akan membolehkan kuasa-kuasa besar berkenaan mengugat ekonomi China, bila dan jika difikirkan perlu, menerusi sekatan ke atas pegangkutan minyak dan gas asli ke China melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Rakyat Malaysia perlu bijaksana untuk mentafsir perkembangan serantau dan antarabangsa kerana kuasa-kuasa asing terbabit akan sentiasa mengarahkan talibarut dan bonekanya untuk mengekplotasikan apa jua isu Dan masalah, waimah isu agama, politik, ekonomi dan perkauman bagi menghuru-harakan Malaysia. Bila Malaysia huru-hara dan kacau-bilau maka rakyat akan marah kepada pemerintah dan sekaligus mereka akan berusaha menukarkan pemerintah negara. Dengan cara ini, kuasa-kuasa asing tertentu akan menabalkan bonekanya menjadi pemimpin tertinggi Malaysia.

1 comment:

  1. Sememangnya ramai yang kurang menyedari tentang ancaman tersebut bahkan tidak kurang juga yang menganggap bahawa apa jua alasan keselamatan yang cuba diutarakan oleh sebahagian yang benar-benar cintakan tanahair hanyalah didakwa untuk kepentingan parti pemerintah sahaja walhal apa sahaja yang dilakukan tatkala ini hanyalah agenda nasional untuk pertahankan keamanan, kesejahteraan, kemajuan dan integriti tanahair menjelang Wawasan 2020 ...

    Puak-puak berkenaan hanyalah penangguk di air yang keruh cuba menjayakan agenda songsang golongan yang ingin hancurkan negara tercinta ini samada dari dalam mahupun dari luar!

    SALAM MERDEKA
    SALAM HARI MALAYSIA

    ReplyDelete