Sunday 18 May 2014

Kedah Bakal Wujudkan Rubber City


KUALA NERANG: Kerajaan negeri Kedah telah mengenal pasti tanah seluas lebih 400 hektar di Bukit Ketapang dekat sini untuk dibangunkan dengan projek 'Rubber City', kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya ketika ini pihaknya merasakan kawasan tanah kosong itu merupakan tapak paling sesuai untuk dilaksanakan projek itu kerana ia merupakan kawasan rata dan berhampiran dengan populasi.

"Perbincangan sedang dijalankan dengan syarikat Tradewinds untuk mengusahakan projek itu. Saya rasa kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pembinaan infrastruktur seperti jalan serta bekalan air dan api," katanya kepada pemberita selepas majlis Kenduri Rakyat di Sungai Kampung Mani, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata banyak pelabur dalam dan luar negeri berminat dengan projek tersebut.

Selain kawasan ladang getah, 'Rubber City' itu juga akan mempunyai institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan industri getah, katanya.

No comments:

Post a Comment