Tuesday 28 January 2014

#PKRKacauBilau : Duit pembayar cukai digunakan untuk selesaikan masalah peribadi parti PKR @anwaribrahim @abdulhadiawang @cmlimgueneng


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid  Ibrahim.  Soalnya apakah punca, sebab musabab perletakkan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh? Alasan yang diberi kerana nak menghormati kesepakatan dalam pembangkang. Aku yakin rakyat tak akan terima alasan tu melainkan MACAI Anwar Ibrahim sahaja.

Bagi aku paling menguntungkan ialah Anwar Ibrahim, kerana pasti keadaan ini ibarat “diversion” kepada isu Jepun dan isu anaknya yang sedang panas diperdebatkan. Lebih hebat lagi, bukan sekadar mengalihkan isu, tetapi suasana yang sedang diciptanya memberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan masalah dalam parti.

Demokrasi, itu bakal diucapkan oleh Anwar Ibrahim dalam menghalalkan strateginya, sedangkan apa yang rakyat perlu tahu ialah, pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dijangka menelan kos sekitar RM2 juta. Dan kos ini bermakna wang rakyat. Bukankah mereka seringkali mendesak agar Kerajaan berjimat dan jangan boros menggunakan wang rakyat? Wang rakyat digunakan untuk selesaikan masalah dalam PKR di Selangor! Membazir!



Aku yakin ramai yang akan boikot PRK Dun Kajang nanti kerana kekosongan DUN berkenaan bukanlah berasaskan norma biasa seperti kematian atau akibat hukuman penjara tetapi kerana strategi kotor PKR dalam cita-cita menyelesaikan masalah dalamannya. Jadi Barisan Nasional harus mengekalkan prinsip yang sama ditunjukkan pada PRK DUN Penanti tahun 2009. Tidak perlu terikut-ikut dengan permainan politik songsang PKR.

No comments:

Post a Comment