Friday 27 December 2013

Jangan beri muka kepada puak Himpunan Guling Kerajaan...


KERAJAAN jangan memberi muka kepada puak yang mahu mencetuskan huru-hara menerusi Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang pada Selasa ini. Polis perlu memberi respons pantas terhadap laporan-laporan yang dibuat di seluruh negara yang menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan jahat itu. Ratusan laporan polis tersebut mewakili pelbagai lapisan rakyat terbanyak.

Kebimbangan dan kegelisahan rakyat terbanyak terhadap agenda khusus segelintir orang ini perlu diredakan dengan segera. Ia menjadi lebih kerana pada masa yang sama rancangan terbabit boleh mewujudkan suasana tidak harmoni yang boleh menyumbang kepada kekidakstabilan politik tanah air.

Lagipun, yang lebih penting, sistem di negara kita memadai dan mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menyuarakan apa juga pendapat dan kehendak. Kita baru sahaja menjalani pilihanraya umum, yang secara jelas memberi hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan secara demokrasi. Apakah kita sudah tidak percaya lagi kepada sistem yang kita sendiri julang?

Jangan menjadikan apa yang berlaku di sebuah negara jiran sekarang sebagai acuan untuk bertindak dalam menuntut hak-hak tertentu. Kita sendiri boleh melihat betapa ketenteraman, keharmonian dan aspek keselamatan boleh lenyap dalam sekelip mata apabila kita salah memilih cara untuk bertindak.

Kepada penganjur perhimpunan, janganlah menggunakan taktik lama kononnya atas nama rakyat yang mahu perubahan. RAKYAT TELAHPUN MEMBUAT KEPUTUSAN MENERUSI CARA YANG SAH.

No comments:

Post a Comment