Tuesday 17 September 2013

16 September Tarikh Membongkar Penipuan Pembangkang...


Tarikh 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.

Pengakuan seorang Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming bahawa dakwaan kononnya wujudnya pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar.

Abu Ubaidi tidak terkejut dengan pengakuan ini kerana ketika pembangkang mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membantah keputusan pilihan raya sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri tidak ada satu pun menyebut mengenai kedua-dua kejadian berkenaan. 

Sebenarnya dakwaan tersebut terpaksa dilakukan oleh pembangkang bagi menghalalkan kekalahan mereka dan sikap tidak mahu menerima keputusan rakyat yang terus memihak kepada BN.

Abu Ubaidi berharap rakyat menilai kenyataan Ong Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang sebagai bukti bagaimana dalam keadaan terdesak dan demi mencapai matlamat politik mereka, pembangkang bersedia melakukan apa sahaja taktik termasuklah melemparkan fitnah dan tohmahan bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap BN.

No comments:

Post a Comment