Monday, 25 February 2013

Integriti: Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin

Kita amat-amat kesal dan keliru dengan sikap pembangkang yang enggan menandatangani ikrar bagi mempertahankan integriti dan komitmen dalam memastikan pilihan raya kali ini bersih. Ikrar itu dianjurkan oleh Transparency International Malaysia (TI-Malaysia), sebuah pertubuhan yang mengawal selia soal-soal ketulusan.

Selama ini pihak pembangkanglah yang riuh rendah mengatakan pilihan raya negara ini tidak pernah adil. Lebih merosakkan, apabila mereka melancarkan pula perhimpunan Bersih sehingga menghuru-harakan keadaan, atas nama menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Kini setelah Perdana Menteri sendiri menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya itu, pihak pembangkang pula enggan berbuat demikian. Oleh itu, kita simpulkan pembangkang selama ini hanya gemar bermain dengan sentimen rakyat untuk menghasut orang ramai marahkan kerajaan.

Mereka sendiri, sebaliknya cakap tak serupa bikin. Hari-hari tugas mereka hanyalah penuh dengan politiking, adu-domba dan tipu-muslihat. Cakap saja lebih, habuk pun tarak. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jangan kita terkeliru dengan permainan-permainan seumpama itu.

No comments:

Post a comment