Saturday, 13 October 2012

Untuk Melaksanakan Hukum Hudud PAS Perlukan DAP???


Abu Ubaidi tidak terkejut kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP dalam memastikan kemenangan pada PRU ke 13 nanti walaupun mendapat tentangan daripada akar umbi.

Namun apa yang menghairankan ialah hujah Nik Aziz bahawa DAP tidak pernah menganggu parti itu sejak kedua-dua pihak bekerjasama. Kenyataan beliau itu langsung tidak berasas kerana semua orang tahu bagaimana nasib PAS sejak berkawan dengan DAP dan PKR.

Kenapakah PAS mengugurkan perjuangan negara Islam dan mengantikan dengan negara berkebajikan? Siapakah pemimpin pembangkang yang berkata 'langkah mayat beliau terlebih dahulu' jika ingin melaksanakan hukum hudud?

Bukankah itu kenyataan seorang pemimpin DAP sehingga menyebabkan PAS sejak tahun 2008 terpaksa mengubah hala tuju perjuangan politiknya dan PAS tidak lantang lagi bercakap soal hukum hudud.

Apakah perjuangan PAS tidak terganggu apabila pemimpin-pemimpin DAP dengan disokong oleh PKR menegaskan, hukum hudud tidak termasuk dalam agenda pakatan pembangkang jika mereka memerintah negara ini.

Justeru, tidakkah kenyataan seumpama itu tidak dilihat menganggu PAS? Apakah kenyataan Nik Aziz itu bermaksud, hukum hudud sudah tidak lagi menjadi perjuangan PAS sehingga beliau menyatakan kerjasama dengan DAP tetap diteruskan biarpun mendapat tentangan peringkat akar umbi.

Jelaslah bahawa PAS meletakkan kepentingan politik sebagai misi utama, biarpun akan terus diperkotak-katikkan dan menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang.

No comments:

Post a comment