Wednesday, 1 February 2012

Nilai Satu Undi

Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pegundi walaupun layak berbuat demikian adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.

Mengapa masih ada orang Melayu begitu liat untuk menunaikan tangungjawab mereka mendaftar sebagai pemilih???

Setiap undi adalah amat penting dalam menentukan corak pentadbiran negara, jangan sampai hanya pandai bersorak di majlis-majlis politik tetapi apabila pilihanraya kita hanya menjadi pemerhati sahaja.

Lebih penting daripada itu, orang Melayu perlu memahami bahawa jika mereka ingin mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan maka mereka perlu menjadi pengundi.

Tanpa kuasa politik yang kuat orang Melayu tidak akan mampu memperjuangkan dan mempertahankan mereka.

Orang Melayu perlu segera sedar mengenai tangungjawab mereka untuk mendaftar sebagai pemilih. Jangan memberi alasan remeh kononnya sibuk dengan urusan harian sehingga tidak mampu mengambil masa hanya beberapa minit untuk berbuat demikian.

Bandingkanlah sikap orang Melayu dengan kaum lain yang begitu aktif mendaftar sebagai pemilih. Keadaan itu berlaku kerana mereka amat memahami betapa pentingnya NILAI SATU UNDI..

p/s Abu Ubaidi: Jangan jadi seperti pribahasa Melayu "Menang Sorak, Kampung Tergadai"

No comments:

Post a comment