Monday 20 February 2012

Bosan Dengan Pentadbiran Negeri Pimpinan Lim Guen Eng


Slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaung-laungkan kepimpinan DAP di Pulau Pinang hanyalah sekadar slogan sahaja kerana apa yang dilakukan tidak sejajar dengan yang diperkatakan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen PKR Balik Pulau, Yusmadi Yusoff  dalam Malaysia Kini.

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

Anggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah.
Hal ini berlaku kerana Pakatan Rakyat yang mentadbir Pulau Pinang lebih banyak bercakap daripada menjalankan kerja yang sepatutnya. Peringkat awal menjadi kerajaan negeri, mereka sibuk untuk mencari kesalahan dan kesilapan kononnya dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Pelbagai perkara cuba mereka bongkar untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan terdahulu. Tetapi tidak berjaya, malah apa yang dilakukan itu sebenarnya membuka pekung mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment