Thursday, 31 May 2012

Ekonomi Malaysia Hampir Muflis??


Transformasi ekonomi Malaysia semakin diiktiraf global dengan ekonomi negara sekarang berada di kedudukan ke-14 paling kompetitif di dunia, yang dalam pada itu menewaskan beberapa negara maju, lapor Bernama.

Agensi berita nasional itu memetik Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Switzerland bahawa Malaysia memperoleh skor tinggi berbanding Australia, United Kingdom, Korea Selatan, China dan malahan Jepun.

Malaysia mengukuhkan keseluruhan daya saingnya dengan meningkat daripada kedudukan ke-16 tahun lepas, kata IMD dalam satu kaji selidik 59 negara yang mengukur sejauh mana negara-negara menguruskan ekonomi dan sumber manusia mereka untuk meningkatkan kemajuan.

Ranking ini menempatkan Malaysia di hadapan negara-negara seperti Australia (ke-15), United Kingdom (ke-18), Korea (ke-22), China (ke-23), Jepun (ke-27), Perancis (ke-29), Thailand (ke-30), Indonesia (ke-42) dan Filipina (ke-43).

Menurut rangking IMD, 15 ekonomi paling kompetitif di dunia ialah Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Sweden, Kanada, Taiwan, Norway, Jerman, Qatar, Belanda, Luxembourg, Denmark, Malaysia dan Australia.Di kalangan negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kurang daripada US$20,000, Malaysia mengekalkan kedudukan keduanya di kalangan 29 negara mengatasi China, Chile dan Thailand.

Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia naik satu tangga ke kedudukan keempat selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

IMD berkata rangking daya saing "semua ekonomi Asia merosot selain dari Hong Kong (1), Malaysia (14) dan Korea (22).

"Penambahbaikan keseluruhan rangking Malaysia dalam kaji selidik IMD itu mencerminkan kesan daripada langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik daya saing ekonomi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan.

"Langkah-langkah yang pelbagai ini termasuk menambah baik penyediaan dan kecekapan perkhidmatan awam dan meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawapan," katanya.

Mustapa berkata daya saing dipertingkat Malaysia itu adalah hasil daripada inisiatif berani dan inovatif yang diambil kerajaan tahun lepas bagi memacu pembangunan, pertumbuhan dan mewujudkan sektor swasta berdaya tahan.

Kaji selidik IMD itu menilai negara-negara mengikut prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan; dan prasarana.

Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kategori kecekapan perniagaan (kedudukan ke-6 daripada ke-14 tahun lepas) dan kategori kecekapan kerajaan (ke-13 daripada ke-17).

Peningkatan rangking dicatatkan dalam subkategori kecekapan dan produktiviti perniagaan, kewangan, peraturan perniagaan dan rangka kerja institusi sosial

No comments:

Post a comment