Skuad Jasa Prihatin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi bergerak mengempur 5 Daerah Mengundi di kawasan Parlimen Titiwangsa. Daerah Mengundi yang terlibat iaitu Dato Keramat Selatan, Dato Keramat Tengah, Dato Keramat Utara, Kampung Pandan Dalam dan Dato Keramat Seberang. Seramai 57 orang penerima yang majoritinya terdiri daripada kaum India telah menerima bantuan sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya menjelang sambutan Depavali.
Pegawai Khas kepada Pengerusi BN Titiwangsa turut serta bersama Skuad Jasa Prihatin
Warga Emas ini walaupun susah namun dapat membesarkan anaknya sehingga ke Universiti
Ibu tunggal yang baru kematian suami
Salah seorang penerima sumbangan yang cacat penglihatan turut mendapat bantuan sempena sambutan Depavali
Gambar di atas adalah sebahagian kecil yang sempat Abu Ubaidi rakam, kebanyakan mereka tinggal di Daerah Mengundi di Kampung Pandan Dalam. Walaupun agak serba kekurangan tetapi mereka bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberi oleh kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tahniah diucapkan kepada Skuad Jasa Prihati WPKL kerana walaupun diancam anjing liar namum mereka tetap berani menempuhinya. Selepas ini Skuad Jasa Prihatin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengempur Lembah Pantai dan Wangsa Maju. Wasalam..
No comments:
Post a Comment