Saturday 22 October 2011

Alangkah Baiknya Pimpinan PAS Bersikap Seperti Hassan Ali


Sebentar tadi berlangsung Himpunan sejuta Umat Anti Murtad di Stadium Shah Alam. Himpunan ini adalah anjuran hampir 1000 NGO dan yang mengejutkan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Hassan Ali dari Pas. Ini kerana Parti Pas secara rasmi membuat keputusan tidak hadir termasuk Pemuda Pas yang sebelum ini garang nak sertai Himpunan terpaksa tunduk kepada desakan Pas Pusat. Badan perhubungan Pas Selangor dilaporkan mengarahkan semuanya tidak menyertai himpunan berkenaan.

Pandangan Abu Ubaidi mudah saja "sekiranya semasa Demo Bersih pimpinan Ambiga disokong oleh pimpinan Pas kerana ada nawaitu politik tetapi dalam bab Himpunan Sejuta Umat pula mereka bimbang kurang undi bukan Melayu". Sepanjang Perhimpunan berlangsung, hanya pemimpin NGO saja yang berucap seperti Mohd Yusri Mohamad, Fatni Yacob, Farhan Abdullah dan seorang wakil dari NGO Belia dari Felda iaitu Abdullah Abu Bakar. Kemuncaknya ialah ucapan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria. Tiada pemimpin politik yang menyampaikan ucapan.

Renungan Abu Ubaidi: Orang Melayu adalah bangsa yang paling istimewa di dunia kerana semua orang Melayu adalah beragama Islam.

No comments:

Post a Comment