Friday 31 January 2014

#PKRKacauBilau : Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat sahkan PRK Kajang diadakan untuk menukar MB Selangor @anwaribrahim @rafiziramli @abdulhadiawang



1. Kerusi MB Selangor adalah pilihan oleh PAS menerusi Presiden PAS. Mempertikaikan Tan Sri Khalid sebagai MB secara berterusan adalah bererti mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS.

2. Tan Sri Khalid telah berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik. Masalah yang berlaku hanyalah kerana ada pihak di kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi menerusi Tan Sri Khalid yang sangat tegas dalam pengurusan kewangan terutamanya. Tidak ada kewajaran untuk menukar beliau sebagai MB.

3. Sekiranya benar perlu ditukar maka jawatan MB secara mudah boleh diserahkan kembali kepada PAS dengan pemilihan YB Iskandar sebagai MB baru

4. PRK Kajang diadakan untuk menukar MB Selangor oleh PKR. Tujuan PKR ialah untuk mengelakkan jawatan beralih tangan kepada PAS iaitu Iskandar Samad. Ini satu pengkhianatan terhadap rakah Tahaaluf Siyaasi. Ia merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan larti sendiri bukan kepentingan PR.

5. Dalam masa yang sama ia satu tempelak kepada Presiden PAS kerana Presiden PAS yang membuat keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB. Maka tindakan PKR adalah satu penghinaan kepada Presiden.

6. Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap PAS. Tidak sewajarnya ahli PAS membiarkan ia berlaku.

YB. Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

1 comment:

  1. Satu pun aku tak percaya puak munafik ni. Korang tengok la nanti masa kempen. Penganut pas ni lah yg akan sibuk ke ulu-hilir kajang...selagi nabi tua kutok ko x mampus, selagi tu lah kemunafikkan pas tak selesai..
    Naib presiden ko nak letak kat mana? Kalau setakat ketua penerangan je..hentikan lah. Presiden ko tu, toksah kata anwar, kalimah Allah pun boleh gadai..apa lagi yg ko nak temberang...bodoh punya pas.!!!

    ReplyDelete