Wednesday 5 February 2014

#PRKKajang : Bos Parti Keadilan Rakyat Hilang?



Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk mengadakan sidang akhbar di sana sini menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail langsung tidak kelihatan sehingga timbul persoalan di kalangan penyokong Anwar.

“Bukan hendak menyibuk tetapi hairan juga sebab Wan Azizah langsung tak nampak muka sedangkan dia adalah Presiden PKR.

“Malah semua masalah berkaitan PKR sejak kebelakangan ini Anwar yang menjawab termasuklah isu PKNS yang melibatkan Azmin Ali dengan Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata penyokong PKR, Ramlee Misran dari Taman Mesra Kajang.

Katanya, walaupun bukan isu, namum kehadiran Wan Azizah pasti dinantikan rakyat khususnya penyokong parti.

Seorang lagi penyokong PKR, Hassan Basri berkata, sepatutnya Wan Azizah hadir bersama Anwar pada setiap majlis yang melibatkan PKR.

“Memang Anwar ialah Ketua Umum PKR tetapi Wan Azizah merupakan Presiden dan pengasas parti.

“Kita tak tahu apa masalah yang dihadapi jika ada tetapi kehadiran Wan Azizah sebagai isteri di samping Anwar lebih bermakna bagi menangkis segala tohmahan pihak lawan nanti,” ujarnya.

Sehingga hari ini katanya, berita tentang Wan Azizah tenggelam begitu sahaja.

“Ada tidak pun, beliau muncul di mahkamah pada setiap kes perbicaraan Anwar,” katanya. – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment