Semalam Teresa Kok buat laporan polis dan menyebut beberapa nama serta menyerahkan nombor telefon sesiapa sahaja yang menghubunginya. Salah seorang daripada mereka adalah Datuk Md Alwi Che Ahmad, pemimpin UMNO dari Kelantan. Ternyata, laporan polisnya dibuat dengan memberikan fakta-fakta pembohongan. Teresa Kok mahu polis bertindak dan undang-undang pula menghukum Mat Alwi kerana BERGURAU dan BERSATIRA POLITIK dengannya.
Masih ingat suatu ketika dahulu, Mingguan Malaysia telah menyiarkan satu cerpen pendek yang bertajuk "Politik Baru YB J" ditulis oleh Chamil Wariya. Ringkasan cerpen ini mengisahkan seorang YB yang hanya memperjuangkan nasib kaumnya yang dianggap sebagai politik baru.
Apa yang menarik ialah di akhir cerpen;
Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.
Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.Cerpen pendek ini telah menjadi satu kontroversi politik tanahair yang dianggap sebagai isu perkauman dan satu ancaman bunuh dan targetnya ialah Teresa Kok.
Itu adalah anggapan kiasu DAP.
Soalnya mengapa Teresa Kok yang terasa YB Josephine ialah beliau? Bukankah ia hanya satu satira untuk dijadikan bahan bacaan dan sekadar menghiburkan?
No comments:
Post a Comment