Friday 2 December 2011

Orang Taiping Muak Dengan Gelagat Nga Kor Ming


Abu Ubaidi yakin Parti Rasis ini tak akan mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka iaitu Nga Kok Ming seperti mana terjadi kepada Ng wei Aik dan Manoharan. Isu ini tercetus apabila kenyataan biaDAP Nga Kok Ming yang mengelarkan MB Perak, Dr Zambry Abd Kadir sebagai 'hitam metalik'.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dilaporkan berkata demikian pada satu ceramah di Perak baru-baru ini. Sebelum ini akbar Suara Keadilan telah diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana memfitnah Dr Zambry ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat.

Firasat Abu Ubaidi, serangan pembangkang ke atas MB Perak ini bertujuan untuk membunuh karakternya dengan harapan dapat mengurangkan kenyakinan rakyat terhadap dirinya terutamanya rakyat Perak. Ini kerana sehingga kini  Dr Zambry dilihat berjaya mentadbir Perak dengan baik sehingga mampu menyediakan sejumlah RM321 juta peruntukan untuk pembangunan negeri berkenaan dalam bajet 2012.

Persoalannya adakah kerana faktor warna kulit, Dr Zambry  tidak layak memerintah negeri Perak? Jika inilah manteliti pemimpin DAP ini maka Abu Ubaidi menyeru kepada seluruh rakyat Perak agar kita ajar kebiaDAPannya pada PRU ke 13 nanti.

No comments:

Post a Comment