Monday 21 November 2011

Selamatkan Madrasah Salihin Kanchut!!!


Abu Ubaidi masih ingat dalam tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS telah melancarkan jihad terhadap Kerajaan Khir Toyo sehingga mengkafirkan Khir Toyo pada masa itu.

Walaupun tujuan dirobohkan Surau itu kerana ingin digantikan dengan sebuah Masjid baru yang lebih cantik, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan Surau itu. Selepas itu rupanya memang sebuah Masjid cantik dibina dan diberi nama Masjid Al-Hasanah.

Jadi apabila Madrasah Salihin Kanchut terletak di Pusat Bandar Alor Star hendak dirobohkan (notis telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri) kerana ingin dibangunkan pusat membeli belah di samping Hotel bertaraf 5 bintang, Abu Ubaidi terus terfikir sudah pasti para mujahidin dari PAS akan mengamuk sekali lagi.

Mana tidak mengamuk, Madrasah tersebut sebenarnya berfungsi sebagai sebuah masjid, azan tiap-tiap waktu dilaungkan begitu juga solat jemaah tiap waktu didirikan. Malah Madrasah tersebut mempunyai kira-kira 200 ahli kariah yang tinggal berdekatan dengan Jalan Titi Siam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah juga telah memutuskan bahawa Madrasah ini hendaklah dikekalkan ditempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk melakukan aktiviti keagamaan. (Rujuk fatwa bertarikh 21 08 Rejab 1431).

Berdasarkan fakta diatas, sudah tentu para mujahidin PAS akan berbaris panjang membuat rantaian manusia mempertahankan Madrasah tersebut. Tetapi tekaan Abu Ubaidi jauh meleset. Malah Ustaz Azizan berkata siapa yang menentang projek pembangunan itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai atau tak reti bahasa. 

Di sini Abu Ubaidi ingin tegaskan "Madrasah itu bukanlah madrasah biasa tetapi ia telah berusia 102 tahun dan didirikan atas tapak berstatus tanah tanah waqaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau". 

Sebenarnya tak perlu mereka berdemo seperti mana yang berlaku ketika mempertahankan Surau Flat Jubli Perak beberapa tahun lepas kerana sekarang PAS sudah menjadi Kerajaan yang memerintah Negeri Kedah. PAS sudah ada kuasa. Menteri Besar, Exco Agama dan Exco Hal Ehwal Kerajaan Tempatan semuanya orang PAS. 

Hanya perlu Menteri Besar PAS dan Exconya membuat keputusan bahawa Madrasah Salihin Kanchut yang berusia 100 tahun itu mesti dikekalkan disitu. Tetapi melihat kepada kenyataan Ustaz Azizan adalah mustahil mereka akan mengambil keputusan tersebut.

Renungan Abu Ubaidi "Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Yang salah menjadi betul sehingga Madrasah yang berusia lebih 100 tahun mahu dirobohkan pun menjadi betul"


No comments:

Post a Comment