Thursday, 6 February 2014

@teresakok jenis MANUSIA yang menjadi punca ancaman keharmonian bangsa di negara ini #DAPbiadap


Semalam Teresa Kok buat laporan polis dan menyebut beberapa nama serta menyerahkan nombor telefon sesiapa sahaja yang menghubunginya. Salah seorang daripada mereka adalah Datuk Md Alwi Che Ahmad, pemimpin UMNO dari Kelantan. Ternyata, laporan polisnya dibuat dengan memberikan fakta-fakta pembohongan. Teresa Kok mahu polis bertindak dan undang-undang pula menghukum Mat Alwi kerana BERGURAU dan BERSATIRA POLITIK dengannya.


Masih ingat suatu ketika dahulu, Mingguan Malaysia telah menyiarkan satu cerpen pendek yang bertajuk "Politik Baru YB J" ditulis oleh Chamil Wariya. Ringkasan cerpen ini mengisahkan seorang YB yang hanya memperjuangkan nasib kaumnya yang dianggap sebagai politik baru.


Apa yang menarik ialah di akhir cerpen;
Sewaktu pemeriksaan dibuat ke atas mayat anak muda yang tidak dikenali itu, terselit sehelai nota yang ditaip rapi, ditulis dalam bahasa Kebangsaan.
Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.
Cerpen pendek ini telah menjadi satu kontroversi politik tanahair yang dianggap sebagai isu perkauman dan satu ancaman bunuh dan targetnya ialah Teresa Kok. 

Itu adalah anggapan kiasu DAP.

Soalnya mengapa Teresa Kok yang terasa YB Josephine ialah beliau? Bukankah ia hanya satu satira untuk dijadikan bahan bacaan dan sekadar menghiburkan?

Kepada rakyat Malaysia, kerana seorang "Onederfool" ini, maka kita boleh faham mengapa beliau berjaya mendapat majoriti tertinggi di GE13 lalu. Inilah jenis MANUSIA yang menjadi punca ancaman terhadap keharmonian berbilang bangsa di negara ini.

Wednesday, 5 February 2014

#PRKKajang : Bos Parti Keadilan Rakyat Hilang?



Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk mengadakan sidang akhbar di sana sini menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail langsung tidak kelihatan sehingga timbul persoalan di kalangan penyokong Anwar.

“Bukan hendak menyibuk tetapi hairan juga sebab Wan Azizah langsung tak nampak muka sedangkan dia adalah Presiden PKR.

“Malah semua masalah berkaitan PKR sejak kebelakangan ini Anwar yang menjawab termasuklah isu PKNS yang melibatkan Azmin Ali dengan Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata penyokong PKR, Ramlee Misran dari Taman Mesra Kajang.

Katanya, walaupun bukan isu, namum kehadiran Wan Azizah pasti dinantikan rakyat khususnya penyokong parti.

Seorang lagi penyokong PKR, Hassan Basri berkata, sepatutnya Wan Azizah hadir bersama Anwar pada setiap majlis yang melibatkan PKR.

“Memang Anwar ialah Ketua Umum PKR tetapi Wan Azizah merupakan Presiden dan pengasas parti.

“Kita tak tahu apa masalah yang dihadapi jika ada tetapi kehadiran Wan Azizah sebagai isteri di samping Anwar lebih bermakna bagi menangkis segala tohmahan pihak lawan nanti,” ujarnya.

Sehingga hari ini katanya, berita tentang Wan Azizah tenggelam begitu sahaja.

“Ada tidak pun, beliau muncul di mahkamah pada setiap kes perbicaraan Anwar,” katanya. – MalaysiaGazette

Tuesday, 4 February 2014

#PRKKajang : Demi Cita-Cita Besar @anwaribrahim PAS Ketepikan Pandangan Akar Umbi @abdulhadiawang


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan terus mempertikaikan langkah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil N.25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


SHAH ALAM: Pemimpin tertinggi PAS tetap akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang kelak walaupun timbul tentangan daripada akar umbi, demikian menurut Pengerusi Pilihan Raya parti itu, Dr Hatta Ramli.

"Kita telah mengumumkan hal itu oleh Naib Presiden, Sallehuddin Ayub dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu bahawa kita akan beri kerjasama untuk memastikan kemenangan calon PR di Kajang.

"Setakat ini pendirian kita untuk sokong Anwar dan memastikan kemenangan besar PR di Kajang. Kita sedang SPR menunggu mengumumkan tarikh penamaan calon dan akan terus turun untuk dapatkan kemenangan itu,".

Sebelum ini, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menyelar tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu sebagai memberi laluan kepada Ketua Umum PKR itu bertanding.

Nasruddin menyifatkan tindakan itu tidak boleh diterima kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh, malah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat pada PRU-13, Mei lepas. 

Pimpinan PAS lain yang turut membidas PRK ini adalah Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Gesaan untuk meletakkan calon Menteri Besar dari PAS turut disuarakan atas alasan memenangi lebih kerusi berbanding PKR pada PRU-13 lalu.

Hatta bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila diajukan kewajaran melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru, sebaliknya mahu fokus dalam memenangi PRK ini terlebih dahulu.

"Tak ada walau-walau.

"Itulah jawapan saya, tak usah bawa yang lainlah," jelasnya ringkas.

Pengosongan kerusi Kajang itu dikatakan sebagai tiket mudah Anwar diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia juga 'sebahagian' daripada jalan penyelesaian kepada kemelut Khalid dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.



#PRKKajang : Pusing Sana Pusing Sini Akhirnya @anwaribrahim TERKANTOI!!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan cuba memperbodohkan rakyat apabila bertindak menafikan pula bahawa beliau mengadakan rundingan dengan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh.

Penafian itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas mengakui ketika berceramah di hadapan kira-kira 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh, Pulau Pinang, bahawa strategi mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan beliau bertanding adalah hasil rundingan. 

Namun pada malam ini, ketika sesi penjelasan kepada penduduk di Kajang, Anwar mendakwa beliau hanya menemui Chin Cheh beberapa jam sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya. 

"Saya hanya sempat jumpa beberapa jam sebelum beliau (Chin Cheh) serah surat letak jawatan. Tiada rundingan dengan beliau tetapi sudah tentu saya kena hormat keputusannya bagi membolehkan saya bertanding," katanya Anwar di Taman Mesra Kajang di sini malam ini. 

Yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pemimpin tempatan DAP serta Pas. 

Dalam pada itu, Anwar terus berdolak-dalik mengenai persoalan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, tetapi pada masa yang sama mengakui kepemimpinan Abdul Khalid tidak memiliki kekuatan politik. 

Jelasnya, dari sudut pencapaian ekonomi, kepemimpinan Abdul Khalid memang membanggakan tetapi belum cukup kuat untuk berdepan cabaran politik semasa yang dakwanya sedang dirancang dan digerakkan Barisan Nasional (BN) bagi merampas semula Selangor. 

"Ramai orang tanya apa akan berlaku selepas ini. Saya jawab biar menang dulu lepas itu kita akan pergi satu persatu. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid kerana berjaya mengurus ekonomi Selangor dengan cemerlang melalui sikap jimat cermat dan berhemahnya," katanya. 

"Tapi kita sekarang berdepan cabaran realiti politik semasa yang cukup hebat dan untuk mengekalkan Selangor dan menjadikan negeri ini sebagai batu loncatan untuk menawan Putrajaya dalam masa empat tahun lagi, kita memerlukan pasukan kepemimpinan yang lebih mantap," ujarnya. -Utusan

Sunday, 2 February 2014

#PKRKacauBilau (VIDEO) Khalid arah Faekah hentikan perang Twitter



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Sabtu menafikan penglibatannya dalam kenyataan bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin, yang dikatakan membidas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Faekah menerusi akaun Twitter tidak mewakili beliau secara rasmi sama sekali sebab ia bukan daripada Pejabat Menteri Besar.

“(Kenyataan Faekah dalam Twitter) bukan mewakili saya, Yang mewakili saya ialah kenyataan akhbar rasmi (daripada Pejabat Menteri Besar).

“SMS (khidmat pesanan ringkas) dan komunikasi menerusi internet (media sosial) bukan kenyataan rasmi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penyokong bola sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Faekah itu yang seolah-olah membidas Anwar susulan perkembangan kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas.

Faekah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) dilaporkan meminta ahli politik dari luar Selangor agar belajar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan dan kenyataan.

“Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri,” katanya dalam akaun Twitternya pada Jumaat.

Khabar angin bertiup kencang kononnya Abdul Khalid akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikannya, susulan Anwar diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.

Lee, yang meletakkan jawatannya pada 27 Januari lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat “demi kepentingan bersama dan bertujuan memperkukuh keupayaan Pakatan memberi khidmat kepada rakyat.”

SUMBER: KLXPRESS

(VIDEO) Penduduk Kajang Menolak Anwar Ibrahim?



Strategi kosongkan DUN Kajang untuk beri laluan Ketua Umum PKR jadi MB Selangor dikecam

Keputusan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang dilihat sebagai percaturan peribadinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 


Meskipun Anwar memberikan alasan ia strategi memastikan Selangor menjadi asas kukuh mengambil alih Putrajaya, pengumuman itu juga menguatkan teori ia bagi menyelesaikan pertelingkahan Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali. 

Ia berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang membayangkan keputusan memilih Anwar adalah perintis laluan ke arah pelantikan Anwar sebagai Menteri Besar.

Salah guna sistem demokrasi untuk kepentingan diri

Pemuda PAS ancam boikot pilihan raya kecil

Penduduk Permatang Pauh ingatkan pengundi Kajang jangan tertipu

Penyokong PKR Kajang tolak Anwar



Saturday, 1 February 2014

#PRKKajang : PAS perlu tuntut kembali haknya menduduki kerusi Menteri Besar @anwaribrahim @abdulhadiawang @azminali


Kepimpinan PAS di semua peringkat ketika ini menunjukkan keberanian luar biasa apabila mengkritik hebat wayang politik PKR ekoran perletakan jawatan ADUN Kajang, Lim Chin Cheh. Apa yang tidak boleh diterima oleh PAS ialah tindakan itu dilakukan tanpa diadakan perbincangan dan dibuat atas tujuan politik rakus Anwar Ibrahim.

AJK PAS Pusat, Nasruddin Hassan menyifatkan tindakan wakil rakyat PKR itu HARAM dan telah mengkhinati amanah serta memudhratan rakyat. Dewan Pemuda PAS pula memberi amaran akan memboikot pilihanraya kecil tersebut. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah turut menganggap PKR melakukan pengkianatan kepada rakan Pakatan. Lebih ekstrim ialah pandangan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Norazli Musa yang mengaitkan tindakan PKR yang tidak berbincang dengan PAS seperti pengkianatan Yahudi terhadap perjanjian bersama Nabi Muhamad SAW.

Adakah PRK DUN Kajang yang akan datang nanti merupakan medan PAS untuk kembalikan maruah parti yang sering menjadi PAK TURUT kepada PKR dan DAP? Sama-sama kita tunggu. Jika sebelum ini PAS berbesar hati menyerahkan kerusi Menteri Besar Selangor kepada PKR biarpun dalam PRU ke 13, rakyat Selangor begitu jelas memberi sokongan padu kepada PAS berbanding 2008. PAS menang 15 kerusi berbanding PKR hanya 14 kerusi. DAP sememangnya tidak boleh jadi calon MB kerana mereka bukan Melayu dan Bukan Islam. Ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor.

Persoalannya apakah penentangan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS itu hanya sementara atau hanya pemimpin tertentu dalam parti. Memandangkan khadam yang setiasa taat kepada Anwar Ibrahim, Mat Sabu telah menggesa anggota parti taat dan patuh kepada keputusan yang dibuat oleh PKR, walaupun tanpa sebarang rundingan dengan rakan dalam pakatan. Maruah PAS akan terus tercemar jika khadam seperti Mohd Sabu membiarkan PKR terus memdominasikan dalam Pakatan Pembangkang bersama DAP sedangkan kedua-dua parti tersebut amat bergantung kepada PAS untuk meraih sokongan orang Melayu. 

Oleh itu, dalam kes di Selangor, PAS perlu menuntut kembali haknya menduduki kerusi Menteri Besar memandangkan PKR telah mungkir janji apabila mahu menyingkirkan Khalid Ibrahim. Berani kah PAS???