Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Soalnya apakah punca, sebab musabab perletakkan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh? Alasan yang diberi kerana nak menghormati kesepakatan dalam pembangkang. Aku yakin rakyat tak akan terima alasan tu melainkan MACAI Anwar Ibrahim sahaja.
Aku yakin ramai yang akan boikot PRK Dun Kajang nanti kerana kekosongan DUN berkenaan bukanlah berasaskan norma biasa seperti kematian atau akibat hukuman penjara tetapi kerana strategi kotor PKR dalam cita-cita menyelesaikan masalah dalamannya. Jadi Barisan Nasional harus mengekalkan prinsip yang sama ditunjukkan pada PRK DUN Penanti tahun 2009. Tidak perlu terikut-ikut dengan permainan politik songsang PKR.
No comments:
Post a Comment