Wednesday 25 April 2012

Lebih 1,000 orang dijangka akan berhimpun di PRC, Jalan Peel

PETANG ini  kira-kira 1,000 orang yang mewakili 23 Badan Bukan Kerajaan (Ngo) dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan memenuhi Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras bagi menyatakan bantahan mereka terhadap penganjuran perhimpunan haram BERSIH 3.0, pada 28 April ini.

Perhimpunan tersebut yang dijangka bermula pada 2.30 petang ini akan dimulakan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Azmi Mohd. Yatim.

Kemuncaknya, Pengerusi Yaasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras akan menyampaikan ucapan yang dijangka menarik perhatian orang ramai.

Selepas itu, peserta perhimpunan akan berarak ke kawasan lapang tempat letak kereta berhampiran pejabat UMNO Bahagian Cheras untuk meneruskan perhimpunan secara aman mengutuk kedegilan pengajur BERSIH 3.0.

Satu sidang media kemudiannya akan diadakan oleh Syed Ali bersama badan-badan NGO terbabit.

Sumber : UMNO Bahagian Cheras

No comments:

Post a Comment