Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras tindakan Anwar Ibrahim yang mendesak wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang meletak jawatan. Pertubuhan haram pro pembangkang tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima sama sekali kerana ia mengkhianati amanah rakyat.
"Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu." Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat. Pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil di Kajang selepas perletakan jawatan Lee hanya untuk meredakan ketegangan antara kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
No comments:
Post a Comment