Laporan dari agensi bebas luar iaitu Global Competitiveness Report 2011 - 2012 membuktikan kecekapan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Butiran yang terkandung dalam laporan tersebut menyatakan :-
- Kadar inflasi Malaysia adalah yang terendah, 1.7% berbanding Mesir 11.7%, Indonesia 5.1% , Arab Saudi 5.4%.
- Kadar kepercayaan masyarakat kepada ahli politik di Malaysia adalah pada tangga 25 di dunia, lebih baik dari China (26) Jerman (37) Amerika Syarikat (50) dan Jepun (55)
- Kedudukan Malaysia adalah pada tangga 10 daripada 142 yang dinilai oleh World Economic Forum yang berpengkalan di Geneva, Switzerland.
- Ketelusan polisi kerajaan Malaysia adalah pada tangga ke 26.
- Kadar pembayaran gaji dan produktiviti di Malaysia adalah yang ke 4 terbaik di dunia.
- Kualiti pendidikan di Malaysia adalah pada tangga ke 14 terbaik di dunia.
- Kedudukan infrastruktur jalanraya di Malaysia adalah pada tangga ke 18 terbaik di dunia.
- Kualiti pelabuhan di Malaysia juga berada yang ke 15 terbaik di dunia.
- Perlindungan kepada pelabur di Malaysia juga adalah yang ke 4 terbaik di dunia. Dakwaan bahawa negara ini tidak selamat untuk pelabur seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah fitnah pembangkang semata-mata.
Kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia adalah hasil ikatan kerjasama dan perangcangan yang sistemetik antara Kerajaan dan Rakyat 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment