Friday, 30 May 2014
Jangan Jadi ‘alat’ Macam Saya – Tunku Aziz kepada Dyana #PRKTelukIntan
PETALING JAYA – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) nmenyifatkan tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon dalam PRK Teluk Intan mempunyai mesej tersirat untuk mereka (DAP) menyampaikan agenda parti dalam hal-hal berkaitan Islam dan Melayu.
Katanya, apa mimpi DAP begitu teruja meletakkan calon Melayu untuk mewakili suara partinya di kerusi Parlimen Teluk Intan?
“Mengapa secara tiba-tiba sahaja DAP begitu mengagungkan calonnya itu sedangkan suara Melayu atau India dalam parti itu tidak pernah didengar?” soal beliau dalam sebuah akhbar harian hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak pelik dengan strategi DAP itu kerana pernah ‘terperangkap’ dengan cara halus untuk mengaburi umum khususnya masyarakat Mela-yu dan Islam kononnya DAP tidak cauvinis Cina ataupun perkauman.
“Saya pernah dijadikan ‘alat’ oleh mereka, saya seperti jurucakap kepada semua agenda tersembunyi mereka. Tetapi mungkin kerana saya lebih bijak, saya dapat mengesan perbuatan mereka dengan cepat.
“Hanya tiga bulan, saya sudah memahami tindak-tanduk mereka. Saya hanya bertahan selepas itu kerana dipujuk oleh ko-nonnya sahabat karib, Lim Kit Siang untuk terus tinggal dalam DAP.
“Walaubagaimanapun, saya berterusan menentang mereka dari dalam sehingga mereka tidak tahan dengan kerenah saya dan bertindak cuba ‘menghalau’ saya. Saya hanyalah ‘ejen’ untuk mereka. Orang Melayu dalam parti itu hanyalah alat untuk mereka.
Katanya, jangan kita lupa, Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh juga sekadar boneka dalam parti.
“Saya langsung tidak teragak-agak dengan pilihan Melayu mereka kali ini juga. Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan calon DAP Teluk Intan itu kecuali dirinya adalah Melayu dan Islam yang mendengar setiap kata-kata bosnya. Samalah dengan saya, cumanya saya tidak akan sesekali bertolak ansur dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan Melayu sampai bila-bila,” katanya.
Jelas Tunku Aziz, beliau langsung tidak terkejut dengan setiap tindakan calon DAP itu yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam kerana kesemua itu bukanlah kehendak atau suara hati calon terbabit, sebaliknya adalah apa yang di kehendaki oleh ‘tokong-tokong’ dalam parti itu.
Kata beliau lagi: “Sekiranya orang Cina yang mempersoalkan kepentingan orang Melayu, maka semua orang Melayu akan bangkit kemarahan. Sekiranya ‘mempergunakan’ orang Melayu untuk mempersoalkan hak orang Melayu, apakah yang akan berlaku? Berlaku perpecahan dalam kalangan kita. ‘Orang’ lain akan menari dalam kegembiraan.
“Tolong cakap dengan saya semua ini tidak benar? Mengapa calon DAP itu tidak habis-habis mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan orang Melayu? Saya tidak faham, tolong betulkan kefahaman saya. Saya juga ada mendengar dia (Dyana Sofya) membuat perbandingan antara saya dan dirinya dalam DAP. Jika dia tidak tahu kebenaran, saya minta dia tutup mulut. Jangan memandai-mandai bercakap jika tidak tahu apa-apa,” tegasnya, lapor FMT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment