Friday 16 December 2011

Berapa Million BN Bayar Untuk Mereka?


Abu Ubaidi masih ingat ketika isu berbondong-bondong pemimpin PKR keluar parti, Ketua Umumnya telah menjelajah ke pelusok negara kononnya akan membongkarkan bagaimana bekas pemimpin-pemimpin PKR yang keluar parti telah dibayar jutaan ringgit oleh Barisan Nasional khususnya UMNO. Tetapi sampai sekarang dia tak mampu jelaskan kepada rakyat bagaimana dan berapa mereka dapat sebagai habuan keluar daripada PKR.

Terbaru seorang lagi Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor telah mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Gerakan. Di sini ingin Abu Ubaidi kongsikan senarai-senarai mereka yang pernah menjadi pengasas, pemimpin dan ahli PKR yang telah meninggalkan PKR ;

1 - Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah
Kerusi Parlimen
1 - Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
1 - Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas - Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin
Sebenarnya  kepimpinan PKR sendiri yang bermasalah, ramai di antara mereka hilang keyakinan kerana kegagalan pucuk pimpinan PKR menunaikan janji khususnya semasa PRU 2008 di samping mereka sudah dapat menghidu tembelang sebenarnya insan yang bernama Anwar Ibrahim.

Kepada rakyat Malaysia. Fikir-fikir lah... Kenapa mereka meninggalkan parti yang mana Ketua Umum adalah ANUGERAH TUHAN???





No comments:

Post a Comment