Wednesday 28 September 2011

Hudud: Ikhlas Kah Mereka???

Hukum hudud bukan isu bermusim seperti yang dimainkan oleh Parti Pembangkang, namun ia adalah hukum yang perlu dilaksanakan secara berterusan jika pemimpin pembangkang benar-benar ikhlas mahu melaksanakan hukum tersebut. Pemimpin politik tidak perlu bercakap mengenainya hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik dan sekaligus memenangi pilihanraya. Tetapi selepas itu isu hudud lenyap dan pelbagai alasan diberi untuk tidak dilaksanakan. Saya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria yang berpendapat pelaksanaan hukum hudud di negara ini atau di Kelantan memerlukan penjelasan terperinci berhubung prosuder dan kaedah hukumanya kepada rakyat supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Sebagai contoh sepertimana hukum hudud telah dilaksanakan di Pakistan, Bangladesh dan Afganistan tetapi disebabkan tidak cukup persediaan oleh kerajaan masing-masing menyebabkan pelaksanaannya gagal berfungsi dengan baik.

Pandangan pribadi saya mudah, untuk melaksanakan hukum hudud permuafakatan dan penyatuan umat Islam perlu disegerakan dan diutamakan. Umat yang berpecah-belah akan melemahkan kuasa politik dan sudah tentu membuka ruang pengikut agama lain membuat tohmahan dan kritikan terhadap pelaksanaan hukum hudud ini. Pokok pangkalnya apa yang perlu umat Islam lakukan ialah gabungan penyatuan dengan ketetapan pegangan satu akidah. Pendirian DAP dan MCA jelas dalam isu ini. Lim Guan Eng sendiri mengugut bahawa pemimpin kanan DAP akan meletak jawatan beramai-ramai jika PAS meneruskan hasrat melaksanakan undang-undang hudud. Berani kah PAS bertindak membelakangi DAP?. Sama-sama kita tunggu.

Wallahualam..






No comments:

Post a Comment