Monday, 27 February 2012

Mesej Anwar Kepada Parti Islam

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada masalah dengan parti Islam kerana semuanya bergantung kepada keputusan rakyat.

Dengan mengambil contoh Indonesia, Anwar berkata, apabila keputusan rakyat dibuat didapati 95 peratus rakyatnya menolak Parti Islam yang mahu menubuhkan Negara Islam.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Asia Plateau, Panchgani, India pada 8-12 Januari 2012, dalam program ‘Making Democracy Real’.

Azizan Bakal Menerima Nasib Seperti Hassan Ali???

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka melepaskan jawatannya kerana pucuk pimpinan Pas dilihat akur terhadap tekanan golongan pro-Anwar di dalam parti itu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkara itu boleh berlaku jika melihat kepada semangat puak Anwarinas dan barisan Exco kerajaan negeri yang berusaha keras untuk menjatuhkan Azizan.

''Keadaan itu ditambah dengan strategi tangan ghaib dalam gerakan menjatuhkan Azizan dan diyakini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyelamatkan lagi rakan ulamanya itu, sama seperti beliau akur dengan kemasukan kumpulan pro Anwar dalam barisan kepimpinan parti.

''Selagi Azizan tidak melepaskan jawatan kepada puak penyokong Anwarinas, krisis di Kedah akan berlarutan malah lebih buruk. Dalam hal ini, Abdul Hadi lebih kusut dalam mempertahankan puak ulama".

Beliau mengulas kenyataan Azizan semalam yang yakin tekanan politik dialaminya tidak menggugat kedudukan dan peranannya sebagai Menteri Besar selain terus mendapat sokongan hebat daripada rakyat.

Mohd. Azizuddin melihat situasi itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan 30 hingga 40 peratus pengundi di negeri itu yang terkenal sebagai pengundi atas pagar selain 50 peratus yang merupakan pengundi setia UMNO.

Kata beliau, para pengundi atas pagar dari awal telah kecewa dengan pentadbiran Azizan termasuk aspek kesihatan Menteri Besar itu yang tidak meyakinkan.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, pilihan raya umum akan datang bukan lagi peluang untuk Pas mempertahankan Kedah walaupun hasrat Abdul Hadi dan ulama Pas mahu Azizan terus kekal mentadbir negeri berkenaan.

Jelasnya, isu dalaman Pas Kedah yang melibatkan Menteri Besar itu juga sebenarnya lebih banyak berpunca daripada sikap Azizan sendiri yang gagal dalam banyak perkara dan seharusnya beliau menerima dengan terbuka kejatuhan yang bakal dialaminya.

''Azizan begitu lemah, bukan hari ini sahaja tetapi sejak dari awal pemerintahannya. Kelemahan itu bukan sahaja ditonjolkan oleh puak penyokong Ketua Pembangkang yang berada di dalam Pas bahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas turut memperakui perkara itu.

''Justeru, Azizan bukan lagi pilihan utama rakyat yang mengimpikan pembangunan,'' katanya.

Azmi berkata, krisis yang melanda di Kedah bukan sahaja menyebabkan Presiden Pas berasa serba-salah terhadap puak ulama tetapi bakal membawa kehancuran parti itu di negeri tersebut.

Friday, 24 February 2012

Lim Guen Eng Cuba Semarakan Api Perkauman Antara Kaum


Keratan di atas diambil dari akhbar Kwong Wah Yit Poh yang tertulis "Parti PAS tiada bunuh seorang Cina"
Statement di atas telah ditutur sendiri oleh Lim Guen Eng semasa debatnya dengan Chua Soi Lek dan MCA telah membuat laporan polis kerana Guen Eng dilihat cuba mainkan api perkauaman.

DAP sudah tiada modal lain untuk kempen melainkan membuat kempen dengan menakut nakutkan pengundi Cina. Jelas sekali DAP adalah parti rasis...

Thursday, 23 February 2012

Mengapa Mereka Tinggalkan Perjuangan Anwar Ibrahim

 
Gambar ketika perlancaran ngo JATI yang dipimpin oleh Dr Hasan Ali

Dua tokoh ini adalah rakan seperjuangan Anwar Ibrahim ketika di zaman ABIM. Bersongkok hitam ialah Prof Dr Sidek Baba dan berkopiah putih ialah Ustaz Ismail Mina. Prof Sidek Baba pernah ditahan di bawah ISA ketika zaman reformasi dan pernah menjadi setiausaha agung ABIM di saat anwar menjadi presiden ABIM. Manakala Ustaz Ismail Mina pula antara penggerak utama ABIM. Persoalanya kenapa mereka tinggalkan perjuangan bersama Anwar Ibrahim???
 

Isu pluralisme agama atau menyamaratakan semua agama hangat dibincangkan setelah Ketua Pembangkang itu dalam ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menyatakan sokongan terhadap fahaman itu. Menyedari pemikiran Anwar Ibrahim terpesong, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang kebanyakannya dianggotai bekas ahli dan pemimpin ABIM telah menganjurkan beberapa siri wacana sebagai teguran kepada Ketua Pembangkang itu.

Tuduhan itu semakin hangat apabila Ismail Mina Ahmad yang mengenali Anwar sejak bersama-sama menuntut di Universiti Malaya telah meninggalkan perjuangan bersama Anwar kerana fahaman yang dipegang oleh rakannya itu boleh membawa kepada kekufuran. Prinsip yang terkandung dalam pluralisme agama menyamaratakan semua agama di mana penganutnya mempercayai semua agama itu benar dan ia sama sekali tersasar dari perjuangan asal umat Islam terutamanya di Malaysia berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Fahaman yang bercanggah dengan akidah itu turut diharamkan oleh Majlis Agama Indonesia dan disokong oleh dua pertubuhan terbesar Islam di Indonesia iaitu Nahdatul Ulama dan Muhamaddiyah. Jadi, tidak kira apa yang dikatakan oleh Ismail Mina itu ada kebenaranya atau hanya pandangan pribadi seperti mana yang dipertahankan oleh penyokong Anwar, fahaman pluralisme agama di negara ini perlu dibentras dan disekat sebelum ia memudaratkan umat Islam di negara ini.

p/s : mereka ini adalah tokoh ilmuan, terpaksa memasuki gelanggang politik kerana sudah tidak tertahan dengan agenda kerosakan yang Anwar bawa. Jika orang sebegini sudah hadir dan menyatakan kesediaan mahu menentang anwar, anda bagaimana ?

Wednesday, 22 February 2012

Kebebasan Akhbar : Malaysia Mendahului Negara-Negara Serantau


DAP selalu mengecam kebebasan akhbar negara ini dengan membandingkan kebebasan akhbar yang dinikmati di Singapura. Laporan yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders ini menjawab tuduhan pembangkang yang kononnya negara ini mengamalkan corak pemerintahan kuku besi dan pelbagai sekatan dibuat oleh pemerintah. Hakikatnya Malaysia lebih demokrasi dan bebas bersuara berbandingkan negara-negara lain di ASEAN

Tuesday, 21 February 2012

Kapal Israel di Malaysia???

Beberapa blog pro pembangkang termasuk malaysiakini.com telah melaporkan berita tentang kemasukan dua buah kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang. Untuk mengetahui sesebuah kapal dari negara mana bukannya perkara susah. Lihat sahaja kapal anda sudah boleh tahu tetapi dengan syarat anda seorang yang tahu ilmu pengetahuan am.

Setiap kapal akan mengibarkan bendera negara dimana kapal tersebut berdaftar sepanjang hayat kapal berkenaan. Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia. Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge.

Sekarang akan jelaskan kepada rakyat Malaysia tentang dua kapal berkenaan.

ZIM USA
 
 Maklumat kapal yang dipetik dari  http://www.marinetraffic.com
 
Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia. Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh bloggers pembangkang  kepada sekumpulan pemberita hari ini. Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel.

ZIM USA MONROVIA
 
Gambar atas secara jelas di bahagian buritan kapal menunjukkan kapal Zim USA berdaftar di Monrovia. Untuk pengetahuan pak pandir-pak pandir pembangkang, Monrovia adalah sebuah bandar pelabuhan di Liberia. Setakat ini Monrovia tidak pernah wujud di israel.

ZIM ATLANTIC
 

 
Semuanya telah terjawab. Dengan bukti-bukti yang kemukakan,  terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai siapa yang berbohong ? Pastinya puak2 PKR ni memang pandai alihkan isu demi survival bos mereka Anwar Ibrahim.


Sumber : selangordaily.com

Monday, 20 February 2012

Bosan Dengan Pentadbiran Negeri Pimpinan Lim Guen Eng


Slogan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaung-laungkan kepimpinan DAP di Pulau Pinang hanyalah sekadar slogan sahaja kerana apa yang dilakukan tidak sejajar dengan yang diperkatakan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen PKR Balik Pulau, Yusmadi Yusoff  dalam Malaysia Kini.

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

Anggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah.
Hal ini berlaku kerana Pakatan Rakyat yang mentadbir Pulau Pinang lebih banyak bercakap daripada menjalankan kerja yang sepatutnya. Peringkat awal menjadi kerajaan negeri, mereka sibuk untuk mencari kesalahan dan kesilapan kononnya dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Pelbagai perkara cuba mereka bongkar untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan terdahulu. Tetapi tidak berjaya, malah apa yang dilakukan itu sebenarnya membuka pekung mereka sendiri.