Tuesday, 3 January 2012

Mak Bapak Sibuk Mencari Rezeki.. Anak Sibuk Berpolitik..



Kesian mak bapak kat kampung...
Sanggup berpanas dan berhujan demi menyara hidup...
Kesian mak bapak kat kampung...
Sanggup meredah semak dan belukar demi mencari rezeki...
Sanggup meredah lautan bergelora demi mencari rezeki...


Kesian mak bapak kat kampung...
Terbongkok-bongkok seorang diri di ladang...
Demi anak yang tersayang...


Tak menghirau bahaya belitan sawa batik...
Adakah anak-anak hiraukan kepayahan anda??
Pernahkah anak-anak anda fikirkan kepayahan anda mencari rezeki menyekolahkan mereka??


Apakah perasaan anda apabila mendapat tahu anak-anak anda hanya tahu berpolitik di sana??Apakah perasaan anda apabila mendapat tahu anak-anak anda disumbatkan ke dalam lokap??



Begitulah nasib mereka nanti... Mereka terpaksa menanggung kesilapan yang dilakukan oleh mereka sendiri...
Harapan dan hasrat anda mahu melihat mereka menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara berkecai...

Segala pengorbanan yang anda lakukan selama ini untuk mereka... Tidak berbaloi... Siapa harus dipersalahkan... Adakah kerajaan yang memberi mereka peluang belajar di Universiti??

Atau agenda yang mahu merosakkan anak bangsa kita dengan menjerumuskan mereka di dalam kancah politik sempit... Adakah mereka yang telah menjerumuskan anak-anak anda ke kancah politik sempit akan menyelamatkan anak-anak anda??

Adakah mereka akan membantu anak-anak anda?? Adakah mereka akan menawarkan menara gading lain untuk anak-anak anda belajar??




Jawapannya...

TIDAK SAMA SEKALI...

Isu kompleks ganti madrasah diheret ke 2012


Tirai 2012 dibuka telah mengherat pelbagai masalah pada tahun sebelumnya seperti isu Madrasah Salihiah Kanchut yang masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan PAS Kedah. Isu ini juga telah memaksa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan menyebut latar belakangnya sebagai graduan Universiti Al-Azhar yang dikatakan tahu mengenai hukum hakam agar dapat menyakinkan masyarakat terhadap keputusan untuk menrobohkan madrasah itu.

Sebagai anak kelahiran Kedah, Abu Ubaidi menyambut baik langkah kerajaan PAS Kedah membangunkan tanah sekitar madrasah tersebut untuk dijadikan kompleks perniagaan. Apabila siap kelak sudah tentu ia sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan dan membangunkan ekonomi rakyat. Cuma Abu Ubaidi ingin mempersoalkan kenapa tidak melibatkan perbincangan bersama antara Kerajaan Negeri dengan penduduk di sekitar madrasah itu bagi mendapatkan pandangan mereka.

Bagaimana seandainya Kerajaan PAS Kedah ingin merobohkan rumah ibadat penganut agama lain bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks perniagaan? Abu Ubaidi percaya sudah pasti Kedah tidak aman kerana penganut agama tersebut akan bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk bangkit menentang cadangan berkenaan.



Langkah yang terbaik yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kedah ialah membuat pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks perniagaan tersebut agar Rumah Allah itu tidak dirobohkan. Sebagai contoh Kumpulan IGB yang membangunkan Mid Valley tidak merobohkan Kuil Hindu yang terdapat di tapaknya 

Sebenarnya terdapat dua syarat utama jika istibdal hendak dilakukan terhadap tanah waqaf khas. Syarat pertama ialah harta waqaf itu mestilah luput seluruh manfaatnya, yakni tiada langsung manfaatnya. Syarat kedua harta waqaf itu tidak lagi mempunyai hasil untuk dimajukan atau dibangunkan. Justeru, kita tidak nampak mengapa tanah waqaf tersebut perlu diambil alih dengan cara sedemikian sedangkan madrasah itu masih diimarahkan dengan pelbagai program.

Dengan rasa hormat terhadap Datuk Seri Azizan dan Kerajaan PAS Kedah, Abu Ubaidi berpendapat tentu ada jalan keluar kepada masalah ini dengan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi sentimen waktu ini menunjukan tindakan merobohkan madrasah itu akan merugikan bukan sahaja masyarakat Islam setempat bahkan imej kerajaan negeri akan tercalar.


Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa pernah berlaku dalam sejarah negeri kedah Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex. Jawapannya tidak pernah. Isu dirujuk kepada Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari.

Masjid Alor Malai yang bersebelahannya kubur tu, memang tanah wakaf, dan dirobohkan. tapi Masjid Besar Al-Bukhari yang dibina, tetap berada di atas tanah wakaf! Malahan kubur pun di pindah dan di susun rapi dalam kawasan Masjid (masih dalam tanah wakaf). Maknanya 'jariah' masih lagi bersambung kerana dari Masjid kecil, menjadi masjid besar. Kita masih lagi bersembahyang di atas tanah yang diwakafkan. Shopping Kompleks Giant yang tu sebenarnya di bina di atas tanah PASAR!! Pasar Kampung Datuk Murad!! Tapak Pasar Ramadhan!

Pesan Abu Ubaidi : "Kita bukan tidak mahu pembangunan tetapi sesuatu pembangunan itu harus ada rahmat Allah dan apabila pembangunandidirikan di atas keruntuhan sebuah waqaf, pasti ada yang tidak kena".

Friday, 30 December 2011

Al-Kisah Sivaji The Bos


Anwar Ibrahim kini bersiap sedia pusing seluruh negara bagi bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari nanti.

Kepada penjenayah tegar tak kira pembunuh, perompak, penyangak, perogol, peliwat atau perasuah boleh lah meniru lagak Anwar Ibrahim untuk kasi gempak dan pertikaikan mahkamah ikut suka hati. Mungkin ini akan dipraktikkan sekiranya Pakatan Pembangkang tawan Putrajaya nanti.

Perlu diingat hakim sedikit pun tidak gentar dengan demonstrasi jalanan yang ingin digerakan oleh Anwar Ibrahim dan belum pernah terjadi keputusan kes perundangan negara diubah dengan cara berdemonstrasi dijalanan.

Abu Ubaidi ada mendapat maklumat bahawa Anwar Ibrahim sedaya upaya akan bangkitkan rakyat, guna mahasiswa, guna pekerja, road show seleruh negara tetapi pada akhirnya, jika semua itu tidak sampai objektif yang dikehendaki, tidak mustahil Sivaji The Bos itu akan angkat kaki dan lari meninggalkan Malaysia.



Friday, 23 December 2011

Huru-Harakan Kuala Lumpur

 
Semalam bertempat di Bukit Segambut, Anwar Ibrahim telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama 150 mahasiswa yang telah  direkrut untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Januari 2011.

Sokongan mahasiswa ditagihkan beliau bagi menghuru-harakan Kuala Lumpur menjelang keputusan kes liwatnya 9 hb Januari nanti.

Matlamat mereka iaitu pada 9.01.2012 nanti para mahasiswa akan dijadikan pengerak utama dalam melakukan kempen menentang Najib Razak dan juga kerajaan.

Pendekatan yang akan diambil dalam perhimpunan nanti berbeza dengan demo haram BERSIH 2.0, kali ini matlamat mereka mensabotaj perkhidmatan awam yang sedia ada di sekitar Kuala Lumpur.


Maklumat dari agen Abu Ubaidi yang hadir ke program tersebut bahawa Anwar Ibrahim melalui sebuah yayasan yang di Pengerusi oleh Wan Azizah akan menyalurkan bantuan kepada golongan mahasiswa dengan minimum RM500 dan maksimum RM1,000.

Abu Ubaidi percaya bantuan yang diberi itu bagi menggalakan mahasiswa mencari pengaruh dikalangan mereka untuk digerakan pada bila-bila masa perlu.


Pesan Abu Ubaidi : Mahasiswa jangan menjadi agen untuk menghancurkan negara demi kerakusan seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim

Thursday, 22 December 2011

Racist : Majoriti Pengundi Melayu Tolak DAP




Lim Kit Siang adalah dalang 13 Mei.

Ini adalah kata-kata dari Kit Siang pada 13 Mei.
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu” 
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Fikir sejenak, pemimpin begini kah yang kita ingin nobatkan sebagai pemimpin? Malaysia sebuah negara yang cukup harmoni yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Bajau sehingga mencakupi orang asli. Alhamdulillah sehingga kini kita dapat hidup aman damai.

Mampukah kita menpertahan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang ini, jika pemimpin dan parti racist ini memerintah negara. Tepuk dada tanya iman.

Wednesday, 21 December 2011

Pakatan Pembangkang Menggunakan Istilah 'Freedom' Untuk Tumbangkan Kerajaan


Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim dan sekutunya kini cuba menggerakan Revolusi Rakyat dengan menggunakkan slogan 'hak asasi manusia' atau  'Freedom' bagi menggoncang kestabilan negara sehingga mampu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Setelah perhimpunan haram BERSIH 2.0 secara totalnya gagal mendapat perhatian rakyat seperti yang berlaku di Mesir, kini mereka cuba mengerakan melalui gerakan mahasiswa untuk mencetuskan revolusi atas nama kebebasan seperti yang berlaku pada Sabtu lepas.

Matlamat mereka kononnya menuntut kuasa autonomi mahasiswa dan mendesak kerajaan menghapuskan AUKU sedangkan pada masa yang sama pihak kerajaan sudah mengambil keputusan untuk mengkaji semula AUKU. Persoalannya apa yang sebenarnya mereka inginkan?

Pandangan Abu Ubaidi ialah mereka ingin menimbulkan suasana huru hara, mengoncang kestabilan negara, merosakkan ekonomi negara sehingga menjatuhkan penguasa yang sedia ada. Sepatutnya mereka perlu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Syiria. Negara akan menjadi lebih miskin, kehidupan akan bertambah susah dan penganguran akan bertambah.

Pesan Abu Ubaidi : Penganjuran Pesta Tahunan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ialah satu elemen atas nama 'freedom' dan 'hak asasi manusia' yang cuba di bawa masuk ke dalam negara.

Tuesday, 20 December 2011

BR1M : Fitnah Terbaru Pakatan Pembangkang


Pakatan Pembangkang kini aktif menyebarkan fitnah terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa bajet 2012 oktober lepas. Mereka menggunakan nama LHDN yang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia ini adalah penipuan kerajaan untuk menuntut cukai berpanjangan.

Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. Awas! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank.




Di sini Abu Ubaidi ingin menegaskan bahawa :-

  1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.
  2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.
  3. Berdasarkan pengiraan yang lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15.
  4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?
Amat jelas setiap keputusan yang baik dibuat oleh kerajaan untuk rakyat akan diperangi habis-habisan oleh Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya.