Wednesday, 26 June 2013

Pilihanraya Kecil Pertama Selepas PRU ke 13


Al-Fatihah buat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut, Terengganu Dr Abdul Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pagi tadi kerana sakit kanser paru-paru. Allahyarham yang juga seorang ahli Exco Kerajaan Negeri meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Pada PRU ke 13, Allahyarham telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 2,434 undi. Semoga Allah merahmati ke atas Roh beliau dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.

Tuesday, 25 June 2013

Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Di Parlimen, Penyokong Berguling Di Luar Parlimen




Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat ketika mereka sendiri membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13. Hakikat itu jelas membuktikan mereka menerima keputusan PRU 13 dan akur kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. 

Malangnya, ketika mereka menerima pakai kehendak lunas perlembagaan dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, kira-kira 200 pengikut mereka sanggup berguling dalam cuaca berjerebu di luar bangunan Parlimen.


Mereka adalah sebahagian daripada pengikut yang tertipu dengan sikap hipokrit dan sandiwara pemimpin mereka. Sabtu lepas mereka berhimpun di Padang Merbok jelas telah dimanipulasikan oleh golongan hipokrit demi mengejar cita-cita politik yang tidak kesampaian.

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat membuktikan sistem yang kita guna pakai tidak meminggirkan sesiapa pun yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tinggal lagi, apabila tidak terpilih, jangan pula salahkan lantai kononnya tidak rata sehingga menyebabkan tarian sumbang.

Tuesday, 11 June 2013

Lancarkan Perang Memerangi Persepsi Jahat Untuk Hancurkan Negara

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia AKM Atiqqur Rahman telah sekeras-kerasnya menafikan yang kononnya terdapat beribu-ribu warga Bangladesh telah didatangkan sebagai pengundi hantu dalam pilihan raya lalu.

Cerita ribuan warga Bangladesh sebagai pengundi hantu sengaja dibuat oleh pembangkang semata-mata untuk mencipta persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan SPR. Apabila persepsi terbentuk, maka ia amat sukar diubah. Sebuah persepsi terjadi hasil daripada maklumat tiba kepada seseorang. Ia melibatkan memori yang dibentuk berdasarkan pengalaman panca indera dan selalunya sukar disedari kerana ia berlaku di bawah sedar.

Dalam bahasa mudah persepsi adalah satu bentuk maklumat palsu atau disinformation yang direka-reka sertakan disampaikan dengan penuh logik seolah-olah ia benar hingga sesiapa yang menerimanya akan yakin ia adalah realiti. Sebagai contoh filem Jurassic Park. Dengan menggunakan fakta sains, kisah makhluk dinosour telah disampai dan diyakinkan bersama imej dan bunyi hingga kita percaya dinosour boleh hidup di zaman ini. Sedangkan hampir mustahil mendapat DNA pelbagai dinasour dalam darah fosil nyamuk yang tersimpan berjuta tahun di dalam tanah, apatah lagi untuk menternaknya hingga berpuluh ekor.

Isu kononnya, 40,000 warganegara Bangladesh yang dikatakan dibawa masuk dari Sabah dengan kapal terbang sebagai pengundi hantu adalah fakta dan rekaan yang mencipta persepsi bahawa ia benar terjadi. Persoalanya, bagaimanakah untuk meruntuhkan persepsi yang palsu itu? Jawapannya sudah tentulah ia terletak kepada bagaimana ia ditanganinya. Apabila terbinanya sesebuah persepsi yang palsu, ia mesti diruntuhkan segera dengan maklumat yang benar. Jika dibiarkan, rakyat akan percaya dan sentiasa akan hidup dalam kepalsuan.

Sunday, 3 March 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Kenapa Polis tidak Tentera???


1) Jika kita gunakan pasukan tentera untuk selesaikan pencerobohan di Lahad Datu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Kerajaan perlu hati-hatinya dan telitinya dalam hal Ini dengan langkah satu persatu.

Saturday, 2 March 2013

Tian Chua Ahli Politik Jijik & Tidak Patriotik

Ramai orang yang menyinga tengok cara puak pembangkang cuba spin ikut suka hati mereka dalam peristiwa di Lahad Datu termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa ia konspirasi terancang oleh UMNO.

Malah ada yang cakap seolah mereka 'professor serba tahu' bab keselamatan hingga mempersoalkan kenapa ada yang terkorban dalam insiden pagi Jumaat itu.

Nak kata mengarut memang mengarut puak ini sampai cuba dakwa ia satu konspirasi politik.

Cakap bukan main,cuba Tian Chua bagi bukti konspirasi UMNO cara mana dan apa tujuannya.

Di laman facebook dan twitter ramai yang kutuk dan balon Tian Chua kerana membuat dakwaan itu dalam Keadilan daily.

Bagi mereka kalau nak main politik cari hal lain dan tidak payah nak meroyan sampai begitu sekali.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pula kata dua perkataan yang paling layak ditujukan kepada Tian Chua kerana membuat tuduhan itu ialah ' jahat dan jahlil'.

Bukankah dalam keadaan pertempuran bersenjata apa saja boleh berlaku.

Kalau nak diambil kira kerajaan sudah berlembut berunding sejak pencerobohan berlaku semata-mata hendak mengelak pertumpahan darah.

Pembangkang sebaliknya mendakwa ini gambarkan kelemahan kerajaan jaga keselamatan negara.

"Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

"Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?" kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ulas insiden pagi Jumaat.

"Death of 2 police commandoes unacceptable as Msian police enjoy superior security strength/logistics. Hisham also told pc 2day "no deaths"- kata Lim Kit Siang di twitternya.

Seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang hendak dielakan kerana tidak mahu ada pertumpahan darah.

Pendirian ini sudah dinyatakan Najib sejak awal lagi semasa berlaku pencerobohan ini.

Namun setelah berdepan dengan serangan,pasukan keselamatan terpaksa bertindak balas.

Ikut sumber jika kerajaan nak bertegas serang terus kumpulan penceroboh ini ia bila-bila masa boleh dilakukan sebelum ini.

Pasukan bersenjata Malaysia,polis dan tentera memang cukup kekuatan untuk bereskan 'standoff' ini dengan sekelip mata.

Namun pertimbangan kemanusiaan diambil lebih-lebih lagi mengenangkan penceroboh berkenaan adalah rakan seagama Islam dan sebagainya.

Ikut ceritanya ada kalangan mereka sudah tua.

Dalam pada itu kekuatan persenjataan mereka dikatakan tidak banyak.

Jumlah sekitar 200 orang penceroboh itu dikira boleh dikawal dengan kepungan ketat sementara rundingan berterusan dibuat.

Juga seperti Perdana Menteri apa yang berlaku pagi Jumaat adalah diluar dugaan.

(Sumber Agenda Daily)

Friday, 1 March 2013

Kisah Disebalik "BangkangDari Longkang"


,

Moral dari cerita tersebut ialah sehingga kini Pembangkang gagal mewujudkan kabinet bayangan malah polimik siapa bakal Perdana Menteri terus berterusan, jika mereka menawan Putrajaya. Abu Ubaidi tidak terkejut kerana sebelum inipun pertelagahan dalam soal itu tidak pernah selesai antara PAS, DAP dan PKR.

Hakikat itu menampakkan tiada kesepakatan asas sesama tiga pihak terbabit. justeru macam mana mahu menawarkan kononnya sebuah kerajaan yang mantap??

Bagi Abu Ubaidi dalam keadaan terdesak, mereka terpaksa sekali lagi menyenaraikan sebanyak mungkin gula-gula tanpa hujahan konkrit semata-mata untuk menawan hati pengundi. Umpan itu tidak semudah diharapkan untuk mengena, apatah lagi ketika keretakan dalam kerapuhan pakatan pembangkang gagal dipalam.