Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia AKM Atiqqur Rahman telah sekeras-kerasnya menafikan yang kononnya terdapat beribu-ribu warga Bangladesh telah didatangkan sebagai pengundi hantu dalam pilihan raya lalu.
Cerita ribuan warga Bangladesh sebagai pengundi hantu sengaja dibuat oleh pembangkang semata-mata untuk mencipta persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan SPR. Apabila persepsi terbentuk, maka ia amat sukar diubah. Sebuah persepsi terjadi hasil daripada maklumat tiba kepada seseorang. Ia melibatkan memori yang dibentuk berdasarkan pengalaman panca indera dan selalunya sukar disedari kerana ia berlaku di bawah sedar.
Dalam bahasa mudah persepsi adalah satu bentuk maklumat palsu atau disinformation yang direka-reka sertakan disampaikan dengan penuh logik seolah-olah ia benar hingga sesiapa yang menerimanya akan yakin ia adalah realiti. Sebagai contoh filem Jurassic Park. Dengan menggunakan fakta sains, kisah makhluk dinosour telah disampai dan diyakinkan bersama imej dan bunyi hingga kita percaya dinosour boleh hidup di zaman ini. Sedangkan hampir mustahil mendapat DNA pelbagai dinasour dalam darah fosil nyamuk yang tersimpan berjuta tahun di dalam tanah, apatah lagi untuk menternaknya hingga berpuluh ekor.
Isu kononnya, 40,000 warganegara Bangladesh yang dikatakan dibawa masuk dari Sabah dengan kapal terbang sebagai pengundi hantu adalah fakta dan rekaan yang mencipta persepsi bahawa ia benar terjadi. Persoalanya, bagaimanakah untuk meruntuhkan persepsi yang palsu itu? Jawapannya sudah tentulah ia terletak kepada bagaimana ia ditanganinya. Apabila terbinanya sesebuah persepsi yang palsu, ia mesti diruntuhkan segera dengan maklumat yang benar. Jika dibiarkan, rakyat akan percaya dan sentiasa akan hidup dalam kepalsuan.
No comments:
Post a Comment