Thursday, 26 January 2012

Ustaz Azizan Akan Menerima Nasib Seperti Hasan Ali???

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.

Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.

Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.

Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang  jelas bertentang dengan pendirian parti.

"... mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka," kata bekas profesor undang-undang UIA itu.

Abu Ubaidi Berkata : mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang tidak sealiran dengan DAP dan Anwar Ibrahim akan dipinggirkan, kerana sekiranya tidak dipinggirkan cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri akan terbantut...

Monday, 23 January 2012

Lagi Ahli PKR Bergaduh Sesama Sendiri



KAPAR - Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan
kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.
 
Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang. 
 
Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.
 
Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk. 
 
Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.
 
Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.
 
Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.
 
Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.
 
Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan. 

Abu Ubaidi berkata: Mengurus sebuah parti pun gagal, bagaimana nak menguruskan sebuah negara, lingkup beb..

Sumber: Sinar Harian

Sunday, 22 January 2012

Adam Adli: Pelakon Teater Jalanan


Pergerakan Occupy Dataran meneruskan acara mereka hari ini di Kuala Lumpur dengan membawa isu penggantungan aktivis pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.

Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis itu berhimpun di satu kawasan Dataran Maybank, Bukit Bintang untuk mementaskan satu sketsa pendek berhubung tindakan UPSI ke atas Adam.

Pementasan satira itu turut dijayakan oleh beberapa orang aktivis yang masing-masing memakai topeng dengan wajah para pentadbir universiti yang terlibat dalam kes Adam.

Aktivis berkenaan juga memakai papan tanda yang memaparkan nama pentadbir kampus tersebut.

Turut beraksi dalam pementasan satira itu ialah Adam sendiri yang melakonkan semula tindakan oleh pentadbir kampus tersebut ke atasnya.

Para pentadbir itu digambarkan melakukan kekerasan ke atas Adam, dengan menolak pemuda itu ke lantai dan memukul pelajar berkenaan sambil menari dengan diiringi muzik popular "Chicken Dance."

Kumpulan pentadbir universiti itu juga membawa bendera dengan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam lakonan berkenaan.

Adam Adli kemudiannya 'diselamatkan' oleh sekumpulan peserta Occupy Dataran yang menghalau para 'pentadbir kampus' itu.

Antara tokoh yang dijadikan sasaran pementasan satira itu ialah Professor Datuk Dr Zainal Kling yang mengetuai panel lapan juri dalam membuat keputusan menggantung pengajian Adam selama tiga semester, 9 Januari lalu.

Dalam pementasan yang berlangsung tidak sampai sepuluh minit itu, Adam turut melakonkan semula tindakannya menurunkan 'bendera' dengan wajah perdana menteri – tindakan kontroversi yang menyebabkan beliau dikenakan tindakan oleh UPSI.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk dengan slogan "UPSI kenapa kau angkuh sangat?"

Pementasan berkenaan, yang diawasi kira-kira 20 orang anggota polis itu turut menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan tumpuan pelancong tersebut.

Pesanan Abu Ubaidi: Buat Pengarah filem / teater jika perlu pelakon tambahan ambiklah mamat ni berlakon, gian sangat tu..

Saturday, 14 January 2012

Anwar Sokong Mansuhkan Undang Undang Lapok Sodomi



Anwar dlm temuramah BBC 12 Jan apabila ditanya mengenai sokongan daripada golongan pro-gay di Malaysia untuknya berikutan keputusan mahkamah, berkata beliau

1. Menyokong penuh pemansuhan undang undang lapok sodomi

2. walaupun masyarakat Malaysia rata rata tidak boleh menerima homoseksual di khalayak ramai, undang2 lapok sodomi tidak harus diguna utk menghukum org yg tidak bersalah! Maksudnya kalau private not public tak mengapa!!!

Pesan Abu Ubaidi: Hayati ayat dalam AlQuran iaitu Surah Al-A'raf: 80-84 bagaimana Allah menurunkan bala kepada kaum Nabi Luth kerana tabiat mereka yang suka kepada kaum sejenis(Homoseksual)

Friday, 13 January 2012

JERUSALEM POST CUKUP TERUJA DENGAN PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM


Dr Badrul Amin menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang dinanti-nantikan di zaman kebangkitan Islam. Logiknya kenapa The Jerusalem Pos portal berita no.1 di Israel cukup teruja dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat. Sedangkan puak Zionis cukup takut dengan kebangkitan Islam. Lihat bagaimana sikap mereka terhadap negara-negara arab di Timur Tengah khususnya Palestin.

Malaysia adalah antara negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel  dan sepatutnya
berita sebegini cuma kes picisan yang tidak sepatutnya termuat dalam berita global KECUALI KEPADA PIHAK-PIHAK YANG BERKEPENTINGAN...

Jamil Khir : Berani Kerana Benar


Oleh Helme Hanafi (AgendaDaily)

KUALA LUMPUR : Raut wajah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar atas) nampak tenang saja di ruang mesyuarat pejabatnya Tingkat 9 Bangunan JAKIM, Putrajaya pada Rabu.

Beliau ditemani Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha (gambar atas), Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dr Muhammad Yamin Ismail bersama pegawai-pegawai lain, siap melayani kami – wartawan, blogger, facebooker dalam majlis pertemuan petang itu.

Ada banyak isu yang mahu dibualkan dengan bekas Mejar Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini, tetapi yang paling panas dan ramai hendak tahu adalah soal penggunaan wang zakat MAIWP membayar kos guaman satu perbicaraan membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu tersebut jika diteliti secara fakta, tidak besar mana, tetapi ia menjadi kontroversi sebab pembangkang, terutamanya PKR membangkitkannya secara konsisten dan berkala hingga membentuk persepsi seolah-olah Menteri Malaysia guna duit zakat bayar kos guaman.

Kisah sebenarnya mudah, Anwar saman kerajaan (menterinya Datuk Seri Jamil Khir), Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain sebab tidak mahu dakwa pengadu kes liwat Mohd Saiful Azlan Bukhari dengan dakwaan qazaf (tuduh zina tanpa empat saksi).

Jadi sebagaimana biasanya, kerajaan dan agensi-agensinya perlu mempertahankan diri dan melantik peguam.

Ini bukan soal peribadi Anwar lawan Jamil Khir, tapi soal Anwar lawan Jabatan Agama yang kebetulan menteri yang dipertanggungjawabkan adalah Jamil Khir.

Dan Anwar kalah. Pusingan pertama.

Bila lantik peguam perlu kos, sudah sebab ini saman kerajaan, sudah tentu kerajaan yang bayar, bukan individu. Maka MAIWP sebagai agensi bertanggungjawab perlu bayar kos guaman sebanyak RM63,650.

Bukan untuk Jamil Khir seorang, tetapi juga untuk Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain yang disaman Anwar. RM63,650 kongsi tiga. Itu sahaja kisahnya.

Masalah timbul bila pembangkang bawa isu penggunaan wang zakat bayar kos guaman tersebut, dan pembangkang secara konsisten bawa isu tersebut sebab ianya berkaitan dengan Anwar.

Satu demi satu dirungkai, dokumen demi dokumen dipamerkan termasuklah baucer pembayaran (ada tanda-tanda pembabitan orang dalam).

Ketika berhadapan dengan 12 orang semalam, Jamil Khir sedia digrill, soalan terbuka untuk kami tanya, dia bersedia untuk tell the truth.

“Saya jika yang dihina itu diri saya, saya boleh maafkan, tapi yang dihina itu Islam, jabatan agama Islam, saya tidak boleh berdiam diri,” katanya memperjelaskan maksud pertemuan.

Menurut beliau, sebagai Pengerusi MAIWP, jawatan yang disandangkan bukan jawatan eksekutif.

“Urusan harian, soal pembayaran dan pentadbiran bukan saya kendalikan, tapi sebagai bos, saya kena bertanggungjawab, mereka serang saya tak mengapa, tapi mereka serang MAIWP, saya kena tampil jawab,” katanya lagi.

Menurut beliau, soal pembayaran kos guaman menggunakan duit zakat itu tidak timbul sebab beliau tahu wujud geran tahunan kerajaan kepada MAIWP setiap tahun bagi tujuan tersebut.

“Saya beranggapan begitu, walaupun baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat khas pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran Belanjawan MAIWP 2010, telah meluluskan sebanyak RM205,000,00 untuk perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah,” kata beliau.

Jamil Khir membacakan satu kenyataan media oleh Mufti Wilayah kepada kami dan menerangkannya satu persatu.

Antara yang ditulis oleh Mufti Wilayah tersebut adalah JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabillah dengan tafsiran yang lebih luas dari perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata. Antara mereka adalah Imam Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar.

Menurut Rahyid Rida, "pendapat yang benar mengenai maksud fisabillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan,".

Sudahpun ada kenyataan Mufti tersebut, bagi Jamil Khir, beliau beranggapan bahawa duit yang digunakan untuk bayar kos guaman tersebut adalah dari geran kerajaan sebanyak RM700,000,00 setahun yang memang digunakan untuk kes-kes perundangan yang dihadapi oleh jabatan agama.

“Saya tetap kata yang duit peguam itu dari dana kerajaan, tapi Mufti sendiri kata, jika pakai duit zakat pun boleh berdasarkan mesyuarat tahun 2009, lulus sebanyak dua ratus ribu lebih untuk tujuan perundangan, saya terima kasihlah…” katanya tegas mempertahankan integritinya.

Untuk rekod Pengarah Jawi Datuk Che Mat yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu laporan Bernama pada Khamis berkata dana daripada kerajaan memang dimasukkan di dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat, cuma dimasukkan sementara tetapi akaun banknya adalah sama.

"Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata geran kerajaan sebanyak RM700,000 yang diterima MAIWP tahun lepas bagi tujuan pembayaran untuk kes tertentu seperti mempertahankan kredibiliti pengurusan hal ehwal undang-undang yang bersabit dengan MAIWP apabila majlis itu disaman dan sebagainya memang dimasukkan ke dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat dan pengeluaran untuk pembayaran kos guaman untuk situasi seperti didakwa adalah dibolehkan.

"Tetapi hari ini saya nak jelaskan kita bayar duit guaman itu guna dana kerajaan, kita tak ambil duit zakat walaupun kita boleh juga ambil duit zakat seperti yang dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan," kata Che Mat.

Sebagai bekas Mejar Jeneral dalam tentera, Jamil Khir sudah biasa dengan tekanan dan ujian, beliau nampak tegas dan bersemangat menerangkan letak duduk perkara tersebut.

Ada beberapa perkara yang off record kerana sebab-sebab tertentu.

“Ini semua sebab saya lawan dengan Anwar Ibrahim saja, dia saman saya dan dua yang lain dalam kes qazaf, bila bawa ke mahkamah, kami menang, dan dia merayu, rayuan dia akan dengar pada 30 Januari ini,” jelasnya.

Bagi yang biasa dengan gaya pembangkang mencipta isu salah satu caranya adalah dengan 'kompang' bagi kuat supaya persepsi terbentuk. Macam kes liwat Anwar di mahkamah baru-baru inilah, sebelum keputusan riuh kata konspirasi dan segala macam lagi. Lepas keputusan terus senyap sunyi.

Sebagai orang baru dalam politik, Jamil Khir yang dilantik sebagai Senator dan sekaligus Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik PM merombak Kabinet pada April 2009.

Orangnya mudah mesra dan rendah diri. Beliau disenangi banyak pihak dan barangkali menimbulkan cemburu kepada musuh-musuh politiknya (pembangkang). Kebetulan ada isu yang boleh ‘dilambung’ maka puak-puak ini berseronok jadikan satu tarikan untuk menjual ‘minyak angin’ mereka.

Sebelum ini Datuk Seri Jamil Khir diserang dalam soal rumah yang konon macam istana. Beliau ada terangkan juga dalam pertemuan lebih sejam tersebut. Ceritanya memang bersahaja habis.

Thursday, 12 January 2012

Pertubuhan Gay Sambut Baik Pembebasan Anwar Ibrahim


Sebuah Organisasi di Filiphina iaitu Progresif Gay Filipina (ProGay) menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat. Mereka juga menyatakan keputusan hakim tersebut sebagai satu permulaan ke arah memberi pengiktirafan kepada hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Manila, Philippines – The Progressive Organization of Gays in the Philippines (ProGay) welcomed yesterday the acquittal of Malaysian oppositionist Anwar Ibrahim on sodomy charges.
Reacting to the judgment of the Kuala Lumpur High Court that Anwar was not guilty of sodomizing his aide Mohammad Saiful Bukhari Azlan, ProGay said it is now time to scrap sodomy laws that were part of British colonial legacy. “We join the democratic people’s movements in celebrating Anwar’s triumph over the frame-up,“ said Oscar Atadero, ProGay’s human rights officer.
ProGay also sees the legal victory as a positive step for lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) rights in Malaysia. ProGay noted that even as the Philippines has no sodomy law, politicians and court justices are attacked with allegations of homosexuality for political gain. (Marvyn N. Benaning)