Saturday, 10 December 2011
Lim Guen Eng tengelam.. timbul
Tabik hormat Abu Ubaidi berikan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bagi peluang kepada orang yang mempersoalkan kemampuan kapal selam negara menaiki kapal tersebut sempena Pameran Udara dan Maritim di Langkawi. Ketua Menteri Pulau Pinang itu akhirnya mengaku bahawa pembelian kapal selam itu bukan satu pembaziran tetapi diperlukan untuk pertahanan negara.
Abu Ubaidi amat berharap setelah ditunjukkan kemampuan kelengkapan canggih ATM itu, jangan ada lagi suara-suara sumbang yang mempersoalkan aset pertahanan negara secara terbuka terutamanya di pentas-pentas politik. Mereka boleh mempersoal harga dan spesifikasi aset yang dibeli tetapi jangan persoalkan kemampuan pertahanan yang dimiliki oleh ATM. Dari aspek pertahanan negara, ketiga-tiga cabang tentera negara iaitu udara, laut dan darat perlu sentisa siapsiaga dengan teknologi terkini bagi menghadapi sebarang ancaman di masa hadapan.
Pesan Abu Ubaidi : Sedang menunggu tawaran Zahid Hamidi kepada Tony Pua untuk belayar tiga hari tiga malam dari Langkawi ke Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah.
Thursday, 8 December 2011
DAP Menang lagi - Tiada Hudud Dalam Manifesto Pakatan Pembangkang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Hukum Hudud tidak akan dimasukan ke dalam manifesto Pilihanraya Umum ke 13 Pakatan Pembangkang. Sebenarnya Abu Ubaidi sudah menjangka PAS tidak akan berani memasukkan hukum tersebut dalam manifesto Pilihan Raya ke 13 nanti.
Pemimpin PAS kini sudah terikut-ikut dengan gaya Ketua Pembangkang yang bagaikan 'sesumpah'. Depan orang melayu dia janji lain, berdepan kaum bukan melayu dia sebut yang sebaliknya. Nasihat Abu Ubaidi usahlah terikut dengan pemimpin itu, kerana jika pemimpin PAS terikut maka jauh terpesonglah perjuangan PAS. Bukan negara Islam yang diperjuangkannya dahulu sudah lenyap, negara kebajikan yang dicanang-canangkanya sekarang pun akan berkubur.
Abu Ubaidi penuh yakin sekiranya ditakdirkan Pakatan Pembangkang menang PRU 13 nanti, DAP dan PKR tidak akan membenarkan PAS melaksanakan undang-undang berlandaskan syariah. Bukti sudah jelas di depan mata seperti di negeri Kedah dan Selangor. Contohnya botol arak yang dirampas dari dijual kepada orang ramai oleh PAS di Shah Alam tak sampai 2 jam kerana desakan DAP terpaksa disusun semula.
Pesan Abu Ubaidi : PAS janganlah hanya dilihat menjadi jaguh di pentas ceramahnya sahaja.
Wednesday, 7 December 2011
Kapal Selam Yang Gagal Menyelam?
Pemimpin Pakatan Pembangkang telah dipelawa oleh Kementerian Pertahanan untuk menaiki kapal selam yang sebelum ini mereka pukul canang di seantario dunia bahawa kapal selam Malaysia, KD Tun Razak gagal menyelam.
Abu Ubaidi difahamkan jemputan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang telah dibuat bulan lalu tetapi sehingga kini tiada seorang pun yang berani tampil untuk melihat keadaan kapal selam yang sedang berlabuh di jeti Awana sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011.
Pihak Kementerian Pertahanan amat mengalu-alukan mereka melihat keadaan kapal selam dengan mata fikiran mereka sendiri dan sekali gus dapat menyangkal tohmahan terhadap pihak kerajaan.
Tuesday, 6 December 2011
Strategi DAP Untuk Berkuasa
Abu Ubaidi tertarik dengan artikal yang ditulis oleh seorang bloggers terkenal iaitu Kickdefella yang bertajuk Perang Proksi - Bagaimana DAP Tewaskan Melayu. Mungkin ramai sudah mengenali bloggers ini, beliau selalu membongkarkan kerakusan pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan. Kini beliau sekali lagi membongkarkan rahsia disebalik kerjasama antara DAP dan PAS. Hayati artikal ini...
Perang Proksi - Bagaimana DAP Tewaskan Melayu
Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.
DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.
Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.
Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU akan datang. Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.
Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.
Oleh yang demikian, di dalam PRU ke 13 akan datang, paling banyak DAP akan dapat menguasai 40 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.
DAP amat arif mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai proksinya.
Maka PRU 13 akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%. Di dalam PRU ke 12 lalu didalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.
Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.
Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.
Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.
DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.
Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat. PAS bagaimanapun akan kekal sebagai parti terkecil di dalam Pakatan Rakyat dengan hanya 30 kerusi atau lebih. UMNO pula akan menjadi pembangkang dengan 59 ke 69 kerusi.
DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.Pesan Abu Ubaidi : Selepas kejayaan besar DAP ini, sistem beraja akan dihapuskan dan bagaimana dilakukan??? mereka akan beri kekayaan dan kemewahan yang terlampau kepada Raja-Raja sehingga pada satu masa mereka akan mendesak rakyat supaya mengulingkan raja-raja Melayu. Bagaimana kedudukan Agama Islam? Kamu fikir sendiri lah..
Monday, 5 December 2011
Perjuangan Islam atau Melayu
Abu Ubaidi pernah diajukan soalan, apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian Islam? Pernah juga dalam satu diskusi seorang mahasiswa dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi bertanya (dengan nada yang keras), apakah kita harus menjadi pejuang bangsa atau pejuang agama?
Persoalan begini sebenarnya menyumbang ke arah perpecahan bangsa Melayu Islam masa kini. Malah kerap dijadikan modal politik oleh parti-parti tertentu yang bersaing dalam pilihan raya. Tidak kurang pula ada kumpulan yang beranggapan bahawa perjuangan Melayu adalah perjuangan yang bersifat asabiyah. Tetapi sebenarnya mereka tidak memahami secara mendalam yang dimaksudkan dengan asabiyah.
Realitinya dalam konteks negara Malaysia, hubungan Islam dan Melayu sebenarnya sangat sinonim. Definisi Melayu sendiri menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. Jadi ini dengan sendirinya meletakan Islam sebagai satu ciri dalam jati diri Melayu.
Dengan kata lain, jika seseorang membuang Islamnya maka secara automatik dikatakan hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamanya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya. Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Tetapi ungkapan ini tidak releven di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini banyak bangsa dan agama tidak boleh disinonimkan.
Pesan Abu Ubaidi : Jangan jadikan isu ini sebagai alasan untuk berpecah belah, hargai warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita terdahulu...
Friday, 2 December 2011
Orang Taiping Muak Dengan Gelagat Nga Kor Ming
Abu Ubaidi yakin Parti Rasis ini tak akan mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka iaitu Nga Kok Ming seperti mana terjadi kepada Ng wei Aik dan Manoharan. Isu ini tercetus apabila kenyataan biaDAP Nga Kok Ming yang mengelarkan MB Perak, Dr Zambry Abd Kadir sebagai 'hitam metalik'.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dilaporkan berkata demikian pada satu ceramah di Perak baru-baru ini. Sebelum ini akbar Suara Keadilan telah diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana memfitnah Dr Zambry ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat.
Firasat Abu Ubaidi, serangan pembangkang ke atas MB Perak ini bertujuan untuk membunuh karakternya dengan harapan dapat mengurangkan kenyakinan rakyat terhadap dirinya terutamanya rakyat Perak. Ini kerana sehingga kini Dr Zambry dilihat berjaya mentadbir Perak dengan baik sehingga mampu menyediakan sejumlah RM321 juta peruntukan untuk pembangunan negeri berkenaan dalam bajet 2012.
Persoalannya adakah kerana faktor warna kulit, Dr Zambry tidak layak memerintah negeri Perak? Jika inilah manteliti pemimpin DAP ini maka Abu Ubaidi menyeru kepada seluruh rakyat Perak agar kita ajar kebiaDAPannya pada PRU ke 13 nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)




