Wednesday, 7 May 2014

Raja Bomoh Sedih Dengan Pemergian Datuk Aziz Sattar


Kuala Lumpur – Pemergian bintang lagenda Datuk Aziz Sattar pada 2 pagi tadi telah memberi kesan yang mendalam kepada semua penggiat seni tanah air dan para peminat filem-filem Melayu klasik.

Sejak berita pemergian itu tersebar, para peminatnya tidak henti-henti menzahirkan rasa sedih dan mengirimkan ucapan takziah.

Tidak ketinggalan Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada industri seni dan filem tanahair negara.

Ibrahim ketika menghubungi pihak kami, mengatakan beliau terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai berita permergian itu.

“Sebaik sahaja dimaklumkan, Datuk benar-benar terkejut dan sedih.

“Datuk mengenali Allahyarham secara peribadi, dan kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum ini” katanya.

Menurut Ibrahim beliau berhasrat untuk pergi melawat, sebaik sahaja pembantunya memberitahu mengenai Allahyarham yang dimasukkan ke hsopital kerana uzur dan masalah jantung.

“Datuk merasa sangat sedih kerana tak sempat pergi melawat, sebab ada sedikit urusan di tanahair. Namun apakan daya, tak ada rezeki, sebab Allah lebih sayang padanya.

“Datuk dan seluruh ahli persatuan silat gayung ghaib seramai 3 juta orang ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semua ahli seni silat Gayung Ghaib telah diminta untuk sedekahkan bacaan al-fatihah dan mengadakan tahlil, bagi memperingati jasanya kepada tanahair” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment