Sunday 24 November 2013

Mat Sabu berjaya singkirkan Ulama



Jika sebelum ini ramai pemerhati melihat agak sukar bagi Mat Sabu untuk mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal kedua kerana desakan akar umbi terlalu kuat untuk mengembalikan kepimpinan ulama dalam PAS.

Namun keputusan yang diumumkan lewat petang semalam menyaksikan Mat Sabu menang dengan mendapat 588 undi berbanding pencabarnya, Nik Mohd Amar hanya mendapat 490 undi. Ramai pemerhati politik melihat kemenangan Mat Sabu mampu menyelamatkan survival politik PAS bersama DAP.

Mat Sabu pernah dilabelkan sebagai golongan pelampau liberal yang diberi kesempatan di dalam PAS sebagai “meriam buluh” yang hanya kuat berbunyi tapi tidak memberikan sebarang kesan yang efektif.

Adakalanya pula, dia dilihat lebih cenderung pada golongan pro-Anwarinas meskipun dia adalah insan yang bertanggungjawab menggelar Anwar sebagai “Al-Juburi” suatu ketika dulu. Tapi sejak bersama PKR dan DAP, gelaran “Al-Juburi” yang disebut Mat Sabu itu tidak lagi kedengaran di dalam siri-siri ceramahnya seperti dulu…

Ketika heboh diperkatakan tentang isu fahaman Syi’ah yang digazetkan sebagai sesat, Mat Sabu adalah di antara tokoh pemimpin yang dikatakan berkait rapat dengan fahaman itu. Dengan kecetekan ilmu dan kedangkalan fahaman Islamnya, dia dilihat begitu mengagung-agungkan kepimpinan Syi’ah di Iran meskipun mereka-mereka itulah yang mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah.

Tahniah kepada perwakilan PAS kerana memberi peluang sekali lagi kepada Mat Sabu walaupun pada PRU13 beliau telah ditolak rakyat di kawasan kubu kuat mereka sendiri iaitu Pendang.

No comments:

Post a Comment