Tuesday 15 January 2013

Isu Kalimah Allah : PAS Buat Pusingan U




Peristiwa yang melingkari perjalanan PAS seminggu dua ini telah membolehkan rakyat berpeluang membuat penilaian cukup jelas bagaimana agama diperalatkan untuk menjana perjuangan politik. Tidak sampai pun seminggu Majlis Pimpinan pakatan pembangkang termasuk daripada PAS memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama, PAS melalui Majlis Syura Ulamanya membuat keputusan bercanggah. Kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama lain serta tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia.

Persoalan yang jelas ialah apakah status kalimah Allah dalam konteks diperkatakan itu boleh berubah-ubah mengikut keperluan parti atau pandangan orang ramai. Percanggahan sesama pemimpin PAS sendiri cukup jelas dalam hal tersebut. Seolah-olah kepentingan parti menjadi keutamaan dalam hal tersebut.

Apa pun Abu Ubaidi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi tekanan terhadap PAS berhubung kalimah Allah itu sehingga PAS membetulkan pendiriannya.

No comments:

Post a Comment