Sunday 7 August 2011

Agama disisih demi kepentingan politik

As-Salam...

Tahun lepas negara digemparkan isu pendedahan seorang Pastor Kristian yang mahu mendirikan sebuah gereja Gay. Tahun ini tercetus satu lagi isu yang membabitkan sebuah gereja iaitu Methodist Church di Damansara Utama yang menganjurkan majlis membabitkan beberapa orang Islam. Isu ini mejadi lebih panas apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Polis telah melakukan serbuan dan menyiasat penganjuran majlis tersebut. Maka terpekik terlolonglah segelintir pemimpin Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Tan Sri Khalid MB Selangor dan Khalid Samad yang kononnya JAIS telah bertindak membabi buta dan tidak mengambarkan keharmornian beragama dalam negara.

Sememangnya kita sudah maklum terdapat usaha-usaha memurtadkan orang Islam dilakukan secara sembunyi tetapi mutakhir hari ini dakyah mereka sudah berlaku secara terang-terangan. Pengakuan seorang wanita yang ditahan oleh JAIS susulan serbuan tersebut mendedahkan bahawa pada majlis tersebut mereka diberi Kitab Bible versi Melayu dan pita rakaman yang mengandungi nyayian keagamaan supaya mudah dihafal sebelum mendengar ceramah yang kandungannya lebih kepada usaha menolak Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW.

Persoalannya. Mengapa tindakan JAIS tersebut mendapat tentangan hebat dari MB Selangor sendiri sedangkan tindakan JAIS hanya kepada individu Beragama Islam yang menyertai majlis tersebut. Jawapannya sudah tentu demi menagih sokongan politik sehingga pihak JAIS diminta memberi laporan segera dan exco selangor yang menjaga hal ehwal agama islam iaitu Datuk Hasan Ali begitu hebat menerima kecaman kerana menyokong tindakan JAIS. Sebenarnya sudah banyak kes tindakan Datuk Hasan Ali yang tidak disenangi oleh pimpinan Kerajaan Selangor yang ditunjangi oleh DAP. Perhatikan firman Allah dlm surah al-mumtahanah:1 yang bermaksud
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu menjadi teman-teman setia..

No comments:

Post a Comment