Saturday, 17 May 2014

(VIDEO) UMNO Upah Samseng Ugut Khalid Ibrahim


Kejadian yang amat memalukan berlaku sebaik sahaja selesai sidang media oleh Anwar Ibrahim pagi tadi. Seorang lelaki yang mengenalkan diri beliau sebagai Zulkifli Abdullah telah menyerang Khalid Ibrahim dengan menjerit 'perasuah' dan 'penipu' berulang kali terhadap Khalid walaupun cuba dihalang oleh Anwar Ibrahim. Ikuti rakaman kejadian dan seterusnya temuramah dengan penyerang yang datang bersama dengan 60 orang lagi ahli PKR Cabang Kuala Selangor..


Sumber :Jinggo-Fotopages

Friday, 16 May 2014

Pemilihan PKR : Azmin Ali Terlepas Lagi #PKRKacauBilau



Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan dakwaan penipuan undi semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi terlepas daripada sebarang tuduhan, sama seperti yang berlaku pada 2010.

Bukan itu sahaja, calon jawatan Timbalan Presiden itu juga bebas daripada apa-apa kesalahan walaupun secara terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang disifatkan gagal mengendalikan proses pengundian dengan berkesan.

Turut terselamat daripada tindakan disiplin ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga calon Timbalan Presiden kerana tuduhan politik wang.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin PKR yang dipengerusikan Datuk Dr Tan Kee Kwong mensabitkan kesalahan dengan menggantung lapan anggota bawahan parti itu atas pelbagai kesalahan.

Salah seorang daripada mereka yang didapati bersalah ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mustapha Mohd Talib kerana mengugut pembantu khas kepada lawan Abdul Khalid bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

"Beliau melalui satu perbualan telefon membuat ugutan terhadap Faridah, pembantu khas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai penyelaras DUN berkenaan," kata Dr Tan menerusi kenyataan pada Khamis.

Abdul Khalid dan Manikavasagam masing-masing bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Lebih merumitkan, Manikavasagam sendiri turut menerima padah dan digantung keahlian kerana membuat kenyataan terbuka mendakwa Abdul Khalid terlibat dalam rasuah politik dan disiarkan media arus perdana termasuk portal berita.

Seorang lagi ahli Cabang Kuala Selangor yang turut digantung ialah V. Bobinath kerana mengkritik JPP secara terbuka dan menerima liputan media.

Lima lagi ahli yang menerima hukuman ialah Monniza @ Sarimah Abdul Ghani (Kapar), Md Yusop Kamaruddin (Pasir Salak), K. Gunasekaran (Hulu Selangor), Noor Azman Samsuri (Tanjung Karang) dan Ahmad Jufliz Faiza (Setiawangsa).

Menurut Dr Tan, kesemua keputusan berkaitan salah laku ketika pemilihan parti itu dibentang dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung pada Rabu dan dipengerusikan Azmin.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calon DAP #PRKBukitGelugor Naik Jeep Tamat Tempoh Cukai Jalan @PDRM @JPJ



Apakah calon DAP Bukit Gelugor ini tidak perasan bahawa cukai jalan jeep berkenaan sudah tamat atau beliau sengaja untuk mencabar undang-undang?

Wednesday, 14 May 2014

Huan Cheng Guan Yang Saya Kenal


Saya mengenali Datuk Huan Cheng Guan sekitar tahun 2008 dahulu, ketika itu beliau Naib Presiden GERAKAN tetapi tewas dalam PRU12. Walaupun beliau tewas ketika itu, tetapi belliau telah dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional di Parlimen atas pengalamannya sebagai bekas Wakil Rakyat.
Selepas beliau tewas (2008), kami bersembang pengalaman beliau selama menjadi wakil rakyat dan azamnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Sebagai bekas seorang tentera, ciri-ciri personaliti "smart", menepati janji dan tetap pendirian masih kekal dalam diri beliau.

Sehingga ke hari ini, apabila saya menelefon beliau baru satu dua kali deringan beliau sudah mengangkat telefon, sungguh cepat. Beliau mendengar perbualan kita dengan cermat dan memberi pandangan yang baik.

Beliau adalah bekas tentera laut jika saya tidak silap, pernah berkhidmat di Labuan sebelum bersara dan melibatkan diri dalam politik Pulau Pinang.

Berdasarkan rekod PRU 2004, Datuk Huan Cheng Guan memenangi kerusi parlimen Batu Kawan dengan jumlah undi17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperolehi 6,552 undi.

Pada tahun yang sama juga di Bukit Gelugor, Karpal hampir tewas dengan memperolehi undi 22,529 undi manakala calon MCA Lim Boo Chang memperolehi 21,268 undi.

Saya berpendapat, pengalaman Datuk Huan Cheng Guan di dalam tentera, kerajaan dan NGO sangat sesuai kepada rakyat di Bukit Gelugor. Saya pasti beliau tidak akan mengecewakan jika terpilih di Bukit Gelugor.

Tuesday, 13 May 2014

Mungkin 13 Mei 2014 Menyaksikan Sejarah Baharu Kerajaan Campuran BN & PAS


Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,  Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan yang disebarkan di laman sosial mengenai pembubaran DUN Terengganu.

Beliau ketika dihubungi berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau kenyataan berhubung perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak berlaku kerana mengikut prosedur, menteri besar perlu menghadap dan mendapatkan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, namun perkara itu tidak berlaku setakat ini.

Beliau turut tidak menolak kenyataan itu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan pergolakan yang berlaku di Terengganu ketika ini.

Sebenarnya di hadapan pemimpin politik PAS dan BN ada tiga pilihan yang boleh dilaksanakan;

Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong BN, sudah tentu tiada sebarang pertukaran kerajaan. Tetapi jika Ahmad Said dan Ghazali menyokong Pas maka penubuhan kerajaan baru akan berlaku.

Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN dan PAS. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan kerjasama politik dua parti politik melayu Islam Umno dan PAS diusahakan sehinga akhirnya terbentuk BN, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baharu kerajaan campuran dua parti tersebut di peringkat negeri.

Pilihan ketiga ialah pembubaran Dun Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang sedang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan Pilihanraya Negeri sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini. 

Namun, kita perlu sedar untuk mengadakan Pilihanraya Negeri, jutaan wang terpaksa dibelanjakan sedangkan kita baru setahun melalui PRU13 yang lepas. 

Jadi kepada kepimpinan politik BN dan PAS, buatlah keputusan yang bijak demi RAKYAT TERENGGANU

Monday, 12 May 2014

Lima VIDEO Yang Memalukan ANWAR & SELURUH PEMIMPIN PEMBANGKANG !!


Pemimpin mereka sering melaungkan DEMOKRASI.. KEADILAN.. & REFORMASI.. Tapi hakikatnya ia tidak mencerminkan keadaan sebenar.. 

Saksi sendiri Video bagaimana ahli-ahli PKR yang diperbodohkan oleh pemimpin yang selama ini disanjung tinggi... Timbul satu persoalan???? 

Di Mana kelibat Ambiga, kumpulan Bersih 2.0 dan Bar Council?? Kita tunggu komen mereka...















Wednesday, 7 May 2014

Benarkah #GST Haram Dari Sudut Islam??


Pencerahan isu cukai GST yang didakwa haram oleh segelintir pemikir parti politik pembangkang yang menghukum dengan sewenang-wenangnya. Rakyat Malaysia hari ini tidak boleh membezakan "kehendak" dengan "keperluan".