Thursday, 3 April 2014

Lelaki Ketagih Makan Bata Lumpur



SEORANG lelaki di India mengajak orang ramai yang ingin mengamalkan diet supaya memakan batu bata seperti yang dilakukannya.

Pakkirappa Hunagundi yang mengalami ketagihan memakan bata yang diperbuat daripada lumpur sejak 20 tahun lalu.
Lelaki berusia 30 tahun itu juga sehingga kini hanya menjadikan bata tanah itu sebagai makanan diet dan menganggapnya sebagai diet sihat.
Ketika ditemuramah sebuah siaran televisyen sebelum ini, lelaki terbabit mengatakan bahawa dirinya tidak mengalami sebarang penyakit akibat memakan bata lumpur.
"Saya akan memakannya setiap hari kerana ia adalah makanan saya. Saya memerlukannya, saya tidak boleh berhenti," katanya bagi mengulas mengenai ketagihannya untuk memakan bata lumpur.
Berikutan ketagihan tersebut, isterinya akan mengumpul sebanyak tiga kilogram lumpur untuk membuat bata setiap hari.
Isteri Hunagundi perlu menyediakan makanan bata itu tersebut kerana bimbang lelaki terbabit memakan bata di dinding rumah mereka.

Wednesday, 19 February 2014

Mengapa Pemikiran Kassim Ahmad Bercanggah Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:
- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.
- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.
- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.
- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran
- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu
- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith
- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad
Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.
Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:
i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.
ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.
iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.
iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.
v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran
vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.
Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.
Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.
Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.
Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.
Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.
Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.
Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.
Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri.
Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.
- Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha

Sunday, 9 February 2014

Full Video Malam #CintaRasul 2014 di Alor Star, Kedah

(Video) Fahami Makna Assobiyah oleh Ustaz Kazim Elias



#CintaRasul : 40 Ribu Hadir Program Mahabbatul Rasul - Kedah Berselawat

Syabas buat Datuk Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah atas kejayaan program malam tadi yg menghimpunkan ribuan manusia tanpa mengira fahaman politik

Ternyata rakyat Kedah masih unggul mementingkan persaudaraan sesama Islam...

Semoga kita benar-benar dapat menghayati akhlak dan peribadi Nabi Muhammad SAW berteraskan Kasih Sayang sesama saudara Islam sebagaimana yang digambarkan oleh Allah dalam Al-Quran...







Saturday, 8 February 2014

#PRKKajang: Anwar mula 'WET DREAM' jadi MB...


Rasanya kalau umur 11 atau 12 tahun mengalami mimpi basah itu biasa kita dengar. Tapi betulkah insiden ini berlarutan hingga dewasa? Sebenarnya tiada apa perlu dibimbangkan walaupun ketika ini anda sudah pun berusia 60 tahun. Ini adalah sesuatu yang normal. Jangan cuba menghentikan tindak balas semula jadi badan anda. Ia juga dipanggil orgasma malam atau orgasma tidur.

Apa yang dialami dikalangan remaja, kini dialami oleh Awnar Ibrahim yang mimpi bahawa  dia bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Khalid Ibrahim. Ingat menurut pakar psikologi sesetengan MIMPI BASAH tidak dikaitkan dengan mimpi seksual.

Anwar yang berceramah di Dataran Prima Kajang di sini malam tadi mengakui Abdul Khalid merupakan seorang tokoh ekonomi yang hebat tetapi beliau perlu menjadi Menteri Besar untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang di negeri tersebut.

"Kalau puji Khalid, hendak ganti dia buat apa? Selangor sudah ada rekod baik dan kita perlu tingkatkan lagi. Peranan dia (Khalid) tentu ada.

"Kalau ditakdirkan ada persetujuan (menjadi Menteri Besar Selangor), (dia) bantu saya. Saya tidak kata saya hendak jadi Menteri Besar tetapi kalau saya ambil alih dari Khalid, asas sudah ada. Apa pun, kita mesti menang di Kajang dahulu," katanya dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang.

Anwar dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadual berlangsung 23 Mac ini. PRK DUN Kajang diadakan apabila Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan pada hujung bulan lalu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.


Friday, 7 February 2014

#PRKKajang : Krisis PKNS alasan terbaik desak Khalid letak jawatan MB



Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan yang disandangnya dengan kadar segera setelah menimbulkan pelbagai masalah dan konflik berpanjangan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, pimpinan parti juga telah menetapkan untuk menggantikan jawatan Menteri Besar dengan pemimpin yang lebih berpotensi.

"Terpulang kepada pimpinan PKR pusat untuk melantik mana-mana pemimpin sebagai Menteri Besar baharu, yang penting tukar (Menteri Besar) sebab sudah banyak perkara-perkara yang mengarut (dalam pentadbiran negeri)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung pemecatan 23 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pejabat Perhubungan Perusahaan Selangor di sini baru-baru ini.

Abdullah Sani menegaskan, PKR akan tetap meneruskan desakan agar Khalid berundur walaupun mendapat bantahan dari PAS.

Mengambil contoh krisis melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), beliau berkata, ia terbukti menunjukkan kelemahan Khalid kepada pentadbiran di negeri ini.

"Beliau sepatutnya letak jawatan. Masalah yang berlaku di Selangor pada hari ini (termasuk isu pemberhentian kakitangan kontrak PKNS) adalah bukti bertapa janggal kepemimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

"Beliau telah buat banyak kesilapan yang tidak sepatutnya. Saya setuju perlu ada pertukaran Menteri Besar dengan segera," katanya.

Status jawatan Menteri Besar Selangor mula diperkatakan susulan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.