Wednesday, 15 January 2014

Isu Giat Mara: Hadiah Tahun Baru Kerajaan Selangor kepada Rakyat..


APA nak jadi ni! ingatkan sudah dah reda. Tapi masih berlarutan. Tak habis-habis soal pendidikan mahu dipolitikkan di Selangor.

Terbaharu, kerajaan negeri dikatakan telah mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini.

Arahan penutupan itu tindakan kedua dilakukan oleh kerajaan negeri membabitkan pusat GiatMara di Selangor selepas penutupan GiatMara di Merbau Berdarah, Sabak Bernam yang dilaporkan pada pertengahan 2012.

Selain arahan penutupan pusat latihan kemahiran itu di Sabak Bernam, kerajaan negeri dikatakan meminta pula Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjelaskan tunggakan sewa bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membabitkan hampir RM100,000.

Walhal, difahamkan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum 2008, tiada sebarang sewa dikenakan ke atas agensi itu. Ini atas prinsip kerjasama membangunkan pendidikan dan modal insan di negeri ini.

Realitinya, banyak janji dalam bidang pendidikan di Selangor tidak pernah tertunai. Malah, ia 'terhumban' lagi. Orang Melayu di Selangor pasti terkedu melihat tindakan terbaharu kerajaan negeri Selangor ini.

Sejak kerajaan pakatan pembangkang memenangi Selangor Mac 2008, bukan saja banyak masalah yang timbul, malah semua agensi ingin dipolitikan. Ini termasuk institusi pengajian tinggi.

Rakyat Selangor pasti tidak akan lupa bagaimana peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kini Universiti Selangor, kerana campur tangan politik.

Pernah Unisel menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit ekoran kemerosotan jumlah pendaftaran baru pelajar ke universiti itu. Akibatnya, ibu bapa berasa tidak selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke universiti itu berikutan pengaruh fahaman politik yang menguasai kampus dan pentadbirannya.

Demikian juga kita tak lupa nasib anak-anak Selangor sekitar 2012 yang mendapat tajaan Yayasan Selangor yang ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr. Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ia susulan tindakan pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil.

Itu belum termasuk lagi dari aspek pengagihan bantuan kewangan kepada sekolah di Selangor.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendapat peruntukkan sebanyak RM6 juta, Sekolaj Rendah Agama juga RM6 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya diperuntukan sebanyak RM4 juta.

Atas alasan apa agihan ini diberi tidak sama rata jika benar pakatan pembangkang mengutamakan keadilan, sedangkan Sekolah Tamil di Selangor mempunyai 97 buah berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 109 buah dan Sekolah Rendah Agama 500 buah.

Dahulu, ketika Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hendak bina kampus UiTM di Serendah, ditolaknya oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pelbagai alasan. YBK 'dilanyak kiri dan kanan' hanya kerana tidak mahu menuruti permintaan Abdul Khalid supaya melantik beliau sebagai bos.

Akhirnya rakyat Selangor rugi besar apabila kampus UiTM itu berpindah ke Melaka.

Dengan penutupan GiatMara di Taman Selayang Baru ini, adakah disebabkan 'permainan tangan-tangan ghaib' untuk melanyak pendidikan anak Melayu? Kenapa Pas senyap?

Dahlah membisu seribu bahasa dalam isu kalimah Allah di Selangor, soal GiatMara pun masih lagi sedemikian rupa.

Mana perginya pejuang-pejuang 'pakatan rakyat' yang prihatin? Mana pergi ADUN-ADUN Pas yang heboh dengan 'Negeri Berkebajikan' yang dilaung-laungkan itu?

Sunday, 12 January 2014

20,000 Hadir: Kesantunan kerajaan membantu mangsa banjir

Menifestasi dari Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kemaman hari ini untuk menyampaikan bantuan kepada 600 keluarga yang menjadi mangsa banjir baru-bari ini. Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 9.45 pagi dan turut menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasoinal.

Bantuan kepada 600 keluarga yang terjejas akibat banjir merupakan sebahagian daripada lebih 14,000 keluarga di Terengganu yang bakal menerima sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Barisan Sukarelawan banjir yang turut diraikan oleh YAB PM


Hampir 20 ribu hadir dalam majlis bantuan mangsa banjir d Cukai Kemaman.

Penjenayah kejam Yahudi disahkan MATI di Tel Aviv


Ariel Sharon Laknatullah seorang penjenayah kejam Yahudi abad ini telah disahkan MATI di Tel Aviv. Ariel Sharon Laknatullah merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. Sebelum nyawa dicabut, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 8 tahun koma.  Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

LIM GUEN ENG AKAN MANSUH PUSAT HIBURAN


Aku lihat ucapan Lim Guen Eng ni cukup ISLAMIK. Tapi boleh pecaya ke dengan pemimpin lidah bercabang ni?? Jika di teliti kenyataan tersebut ianya bermaksud semua pengusaha pusat hiburan bakal gulung tikar tatkala undang-undang ini di wujudkan. Aku masih ingat lagi Kedah di bawah kerajaan PAS. Ketika kerajaan PAS Kedah nak kuatkuasakan undang-undang penutupan pusat hiburan di bulan  ramadhan, SIAPA YANG KUAT MELALAK KALAU TAK DAP. Aku tak nampak Lim Guen Eng benar-benar serius dalam hal ini.

Dalam masa yang sama kenyataan Lim Guen Eng ini kemudiannya di sahut oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melalui Ketua Pemudanya saudara Rafizal Abd Rahim. Beliau mencabar Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri supaya segera memansuhkan semua jenis pusat hiburan di Pulau Pinang.


KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
BERKAITAN KENYATAAN KETUA MENTERI PULAU PINANG , LIM GUAN ENG DILAMAN TWITTER MILIKNYA BERKAITAN PEMANSUHAN PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah membaca komen Lim Guan Eng didalam twitter beliau dimana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan YM Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan. Beliau juga akan menuruti langkah memansuhkan Pusat Hiburan ini di Negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang melayu di Negeri Pulau Pinang.

Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi Pusat Hiburan ini. Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya. Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.


Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Tuesday, 7 January 2014

PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN: KENYATAAN RASMI MUFTI PERAK BERKAITAN ISU "BUGHAH" DAN HALAL DARAH

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ” 

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, disamping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh. 

Lanjut di KLXPRESS

Monday, 6 January 2014

Anwar Ibrahim pengikut JESUIT????



Anwar Ibrahim adalah pengikut JESUIT ... itu lah dakwaan Yuktes Vijay... Anwar Ibrahim hanya berlakun solat di masjid ketika bersama umat Islam yang lain (bertakiyah ala ala Syiah) kerana itu yang digalakan dalam gerakan JESUIT ... ini adalah dakwaan serius oleh seorang kafir yang mengaku kenal rapat dengan Anwar..

Jika tak benar cepat-cepat lah ambil tindakan undang undang

SUMBER: Minaq Jinggo