Wednesday, 17 October 2012

Perjanjian Damai Antara Kerajaan Filipina Dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Cukup Meresahkan Anwar


Kejayaan Malaysia memainkan peranan penting sehingga termeterai Perjanjian antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) merupakan satu pengiktirafan antarabangsa kepada kerajaan Malaysia.

Ketika pihak lain memperakukan peranan Malaysia membantu sehingga termeterai perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), suara Datuk Seri Anwar Ibrahim kedengaran berbeza.

Nun jauh di Rumah Putih pun sudah keluar kenyataan menghargai usaha Malaysia.Selain Amerika, pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa terpegun melihat sinar damai di Selatan Filipina. Peliknya, Anwar ada sama dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pembangkang di bangunan Parlimen, ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu-alukan perjanjian itu.

Presiden PAS itu berkata, Pakatan pembangkang mengalu-alukan perjanjian damai yang dimeterai di Manila Isnin antara kerajaan Filipina dan MILF.  "Ia sebagai satu penyelesaian yang sangat baik dan positif kepada keamanan serantau dan antarabangsa. Jadi kita harapkan semua perjanjian itu dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya.

Bagaimanapun,  Anwar ketika mencelah jawapan Hadi kepada satu soalan,seolah-olah melihat peranan Malaysia dalam mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina, seperti orang ‘jealous’. Malah beliau cuba mengalihkan tumpuan kepada isu Rohingya, Myanmar dengan menuduh Malaysia ‘lembab’ kerana gagal suarakan  pendapat bagi membela nasib umat Islam di sana.

Untuk rekod misi kemanusiaan yang dipelopori oleh Kelab Putra 1Malaysia yang disertai 50 sekarelawan baru pulang dari kawasan bergolak di Myanmar itu.  Mereka membawa 500 tan bantuan untuk membantu penderitaan orang Rohingya.

Mungkin Anwar kena baca balik kisah bagaimana rumitnya hendak mengendalikan misi itu.Akhirnya misi Kelab Putera itu dibenar kerajaan Myanmar masuk ke kawasan itu.Ini adalah hasil dari dokongan kuat kerajaan dan pengaruh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin juga Anwar kecewa kerana usaha itu tidak berjaya ketika beliau masih dalam kerajaan dahulu.

Tuesday, 16 October 2012

Laporan Audit 2011: Transformasi Najib Nampakan Hasil???



Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan semalam secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010.

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61. Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi. Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan.

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah. Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga.

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti.

Rakyat Mahu Automated Enforcement System (AES) Dikaji Semula

Peranan Malaysia Disebalik Penubuhan Negeri Bangsamoro


Setelah berjuang sekian lama, pihak kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front atau MILF) akhirnya bersetuju berdamai menerusi satu Kerangka Persetujuan Perdamaian Mindanao, yang ditandatangani secara formal pada 15 Oktober 2012 di Istana Malacanang, Manila. Persetujuan ini diumumkan oleh Presiden Benigno Aquino pada sidang akhbar di Manila, Ahad lalu.

Perjanjian damai telah diusahakan sejak berdekat lalu, di mana Malaysia memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya dengan rasmi Wilayah Autonomi Bangsamoro. Sudah tentu fokus utama selepas ini ialah meningkatkan kedudukan sosioekonomi bangsamoro yang sekian lama ditindas dan amat dahagakan pembangunan.

Malaysia sudah lama memainkan peranan penting dalam mewujudkan keamanan serantau. Masih ingat lagi bagaimana idea Almarhum Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan OIC dan akhirnya OIC memainkan peranan sebagai jurucakap kepada negara-negara Islam walaupun tidak segagah Kesatuan Eropah.

Begitu juga dengan terjahan Dr Mahathir dalam persidangan PBB dan OIC yang mengutuk keras kekejaman Israel terhadap Palestin sehingga bikin seantero dunia bergegar. Sekarang legasi ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Baca lanjut klik SINI



Monday, 15 October 2012

DAP Kedah Bantah Panduan Papan Iklan Sopan


Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik berkata parti itu tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan.

Beliau dengan lantang menyatakan bahawa sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri. Malah beliau turut mengulangi bahawa DAP negeri tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam.

Isu ini timbul sebaik sahaja kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.  Antara garis panduan yang ditekankan ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat. 

Guan Aik berkata, kenyataan Datuk Bandar tersebut cuma pendirian peribadinya kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk mengubal atau mewartakan sesuatu peraturan tanpa persetujuan oleh Ahli Majlis yang diwakili oleh wakil daripada parti pakatan rakyat.

Akhir sekali beliau mengingatkan setiap Ahli Majlis supaya bertanggungjawab kepada parti. Parti tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka jika mendapat tahu kepentingan parti diketepikan.

p/s : Terang lagi bersuluh sikap DAP terhadap Islam. Lagi mau sokong ka!!!!

Sunday, 14 October 2012

George Soros Minta Nak Jumpa Saya - PM


Usaha sebuah portal pembangkang hendak belit dan putar satu pertemuan ‘courtesy call’ yang pernah diadakan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan George Soros nampaknya tidak begitu menjadi.

Semua orang faham kenapa portal yang didakwa ada terima dana dari orang yang dilabel sebagai penyangak mata wang itu begitu gairah hendak menjadikan pertemuan itu satu isu.

Senang cakap umpamanya beginilah gambaran yang cuba dipancarkan…kalau kamu tuduh kami terima wang dari Soros…yang kamu jumpa dia itu kenapa? Lanjut klik SINI

Saturday, 13 October 2012

Dr.Hasan Ali : Nik Abdul Aziz Wajar Lepaskan Jawatan Sebagai Mursyidul Am PAS


Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah “Presiden”. Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja di kalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting di sisi Allah SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme di kotak pemikiran ahli dan penyokong PAS.

Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya.

Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu PAS dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan PAS dalam PRU ke 13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai stature seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang di sekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?

Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang didatangkan oleh DAP?

Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan PAS yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu supreme.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan PAS daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan PAS disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah.

Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
PRESIDEN JATI