Saturday, 13 October 2012

Untuk Melaksanakan Hukum Hudud PAS Perlukan DAP???


Abu Ubaidi tidak terkejut kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP dalam memastikan kemenangan pada PRU ke 13 nanti walaupun mendapat tentangan daripada akar umbi.

Namun apa yang menghairankan ialah hujah Nik Aziz bahawa DAP tidak pernah menganggu parti itu sejak kedua-dua pihak bekerjasama. Kenyataan beliau itu langsung tidak berasas kerana semua orang tahu bagaimana nasib PAS sejak berkawan dengan DAP dan PKR.

Kenapakah PAS mengugurkan perjuangan negara Islam dan mengantikan dengan negara berkebajikan? Siapakah pemimpin pembangkang yang berkata 'langkah mayat beliau terlebih dahulu' jika ingin melaksanakan hukum hudud?

Bukankah itu kenyataan seorang pemimpin DAP sehingga menyebabkan PAS sejak tahun 2008 terpaksa mengubah hala tuju perjuangan politiknya dan PAS tidak lantang lagi bercakap soal hukum hudud.

Apakah perjuangan PAS tidak terganggu apabila pemimpin-pemimpin DAP dengan disokong oleh PKR menegaskan, hukum hudud tidak termasuk dalam agenda pakatan pembangkang jika mereka memerintah negara ini.

Justeru, tidakkah kenyataan seumpama itu tidak dilihat menganggu PAS? Apakah kenyataan Nik Aziz itu bermaksud, hukum hudud sudah tidak lagi menjadi perjuangan PAS sehingga beliau menyatakan kerjasama dengan DAP tetap diteruskan biarpun mendapat tentangan peringkat akar umbi.

Jelaslah bahawa PAS meletakkan kepentingan politik sebagai misi utama, biarpun akan terus diperkotak-katikkan dan menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang.

Friday, 12 October 2012

Pendedahan Nasharuddin.. Zulkifli Nordin Tunjuk Bukti Dalam Dewan Rakyat


Sidang Dewan Rakyat panas seketika petang Khamis bila Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin tunjuk bukti untuk backing pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengenai majlis doa anjuran DAP selepas pilihanraya negeri Sarawak.

Pada perbahasan Bajet 2013 itu beliau tunjuk gambar majlis berkenaan yang dakwanya dimana ada doa dibuat agar Kristian jadi agama rasmi dan Perdana Menteri dari orang Kristian.

Suasana dalam dewan jadi panas bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang cuba ganggu perbahasannya tetapi Zulkifli bertegas meneruskan hujah bagi menyanggah pemimpin DAP yang menafikan apa didedahkan Nasharudin dalam seminar di Dewan Merdeka, PWTC, pada Selasa. Lanjut klik SINI

Tuesday, 9 October 2012

Mengapa PAS Membiarkan Mereka Tertakluk Kepada Peraturan DAP

Majlis Jamuan Makan Malam dan Ceramah Pakatan Pembangkang Negeri Melaka

Tarikh : 6.10.2012 (sabtu)
Tempat : Taman Paya Mengkuang Kuala Sg Baru, Melaka
Masa : 7.30 malam 

Tetamu :
1. YB Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan )
2. YB Tian Chua ( Ahli Parliman Batu )
3.YB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ( Ahli Parlimen Bukit Gantang )
4. Y.B. Tuan Teng Chang Kim (ADUN Sungai Pinang )
5.YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah)
6. Tn Haji Adly Zahari ( Persuruhjaya Pas Negeri Melaka
7. YB Goh Leong San (ADUN Kesidang )
8. Shamsul Iskandar Mohd Akin ( Ketua AMK )

"Screenshot" gambar di atas diambil daripada laman sosial Facebook Pesuruhjaya PAS Melaka.  Mana mungkin gambar yang diambil dari Facebook pemimpin PAS sendiri diubahsuai (superimpose). Botol-botol dan tin-tin arak berselerekan di atas kerusi dan meja sedangkan bendera Parti Bulan megah berkibar di atas kepala. Pemimpin dan pengikut PAS marah apabila mereka diperli dengan "takebeer!" tapi lihatlah sendiri gelagat dan kelakuan pemimpin PAS Melaka. Demi undi daripada masyarakat Cina Melaka, prinsip perjuangan dan maruah Agama sanggup digadaikan. Tahniah PAS!!!

Menteri Kewangan Dalam Kabinet Bayangan Pembangkang Dakwa Tun Dr. Mahathir Nyanyuk

Monday, 8 October 2012

Isu Scorepene : SUARAM & Malaysia Kini PENIPU!!!!


Pengarah SUARAM Cynthia Gabriel sebelum ini dalam satu forum pernah memberitahu :

"Siasatan (Scorpene) itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memberitahu anda bahawa sepina pertama telah mencapai saksi pertama. Tetapi saya tidak boleh memberitahu anda yang saksi itu atau bila sepina itu telah diberikan. Untuk sekarang, kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah (Perancis) "

Akhirnya terbukti, segala tuduhan yang dimainkan oleh pembangkang melalui SUARAM merupakan berita palsu yang bersifat khabar angin dan dinafikan sendiri oleh Yves Charpenel.

Bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa dan anggota eksekutif Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Anti-Rasuah (IAACA) Perancis turut mengingatkan portal berita (malaysiakini) dapat membezakan di antara penyiasatan dan perbicaraan.

Nampaknya malaysiakini yang menerima dana asing kepada dari NED, bertindak menyalurkan maklumat palsu secara besar-besaran di dalam portal berita mereka. Tindakan ini sama dengan peristiwa yang berlaku di Filipina sekitar 1950 an.

Antara maklumat dan laporan palsu berkaitan Scorpene yang dimainkan secara besaran oleh portal bangsat ini adalah jumlah angka-angka seperti komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar, yang mana akhirnya dipertikaikan kerana terdapat keraguan dan selepas itu mereka bermain dengan angka EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.

Angka-angka yang disebut Cynthia sebelum ini jelas menipu bertujuan memberi persepsi buruk kepada imej PM dan kerajaan.

Bila SUARAM hendak jawab mengenai dakwaan di bawah :


Haron Din: Anwar tidak asaskan politik kepada Islam

Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

“Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas beliau.

Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.

“Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.

"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.

"Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau.

"Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad," tambahnya.

Anwar melancarkan buku Akbar yabg juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan'.

Majlis pelancaran itu berlangsung di Royal Lake Club Kuala Lumpur. -antarapos