Monday, 24 September 2012
PRU 13: Jangan Buat Silap & Tersalah Pilih - Tunku Aziz
TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (dua dari kanan) bersama Tan Chee Chong (kiri), Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min di Forum The Day When We Were In DAP di Jalan Perak Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.
Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.
"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.
"Undi mereka sangat penting bagi menegakkan prinsipal demokrasi dan mereka tidak seharusnya membuat kesilapan.
"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program The days when we were in DAP malam ini.
Kira-kira 1,000 orang memenuhi bangunan Leong See Kah Miew yang terletak di Jalan Perak di sini, iaitu tempat berlangsungnya program berkenaan.
Turut menyampaikan ceramah ialah tiga lagi bekas pemimpin DAP iaitu Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.
Tunku Abdul Aziz menambah, beliau menerima permintaan tinggi untuk mengadakan program itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Sunday, 23 September 2012
Dana Soros: Punca Editor Berita MalaysiaKini Letak Jawatan
Wartawan
veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih
dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku
mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.
“Saya
memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk menjernihkan keadaan dan tidak
menyembunyikan maklumat daripada pelanggan dan pembaca.
“Saya
memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan
dengan Soros,” katanya dalam satu temu bual.
Chong
menekankan bahawa beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi perlu
bersikap telus selepas menerima wang tersebut.
“Namun
saya percaya dalam etika kewartawanan, terutamanya di Malaysiakini turut
mempertahankan ketelusan dan keterbukaan,” katanya.
Chong
yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya
ww.desiderata2000.blogspot.com beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan
Malaysiakini dan Suaram antara oraganisasi yang didakwa menerima dana asing.
Dua
penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open
Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros.
“Pada
ketika itu, saya berkhidmat sebagai editor berita dan bertanggungjawab terhadap
maklumat yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini.
“Saya
difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada
RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini,” katanya.
Chong
berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu
berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran.
Kedua-dua
mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi
Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI.
“Malah,
Gan berkata ia akan membawa kemusnahan kepada Malaysiakini jika mereka mengaku
menerima dana tersebut,” katanya.
Monday, 17 September 2012
Wajar Laporan Polis Dibuat Ke Atas Lim Guen Eng?
Mereka yang dipercayai menghina
gambar YAB Perdana Menteri telah dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka yang
dipercayai menghina gambar YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz & Tuan Guru Hadi
Awang juga sudah ditangkap.
Bagaimana dengan penghinaan sebagaimana di dalam gambar ini?
Apakah perlu suatu laporan polis untuk mendakwa mereka yang melakukan penghinaan secara terang-terangan akibat perbezaan pandangan politik kepartian?
Atau tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa mereka?
Bagaimana dengan penghinaan sebagaimana di dalam gambar ini?
Apakah perlu suatu laporan polis untuk mendakwa mereka yang melakukan penghinaan secara terang-terangan akibat perbezaan pandangan politik kepartian?
Atau tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa mereka?
Subscribe to:
Posts (Atom)


