Monday, 9 January 2012

Anwar Ibrahim gembira... Saiful Bukhari pasrah..


Selepas lebih tiga tahun perbicaraan, lebih 60 penangguhan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar Ibrahim dari disabit kesalahan liwat.

Apa yang Abu Ubaidi ingin kongsikan bahawa keputusan hakim tersebut ibarat meludah ke langit, yang mana air liur bertepek ke muka sendiri.

Anwar Ibrahim dalam kempennya sering mendakwa sistem keadilan mahkamah negara tidak adil dan ungkapan ini beliau lamparkan bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.

Adakah keadilan itu hanya berlaku sekiranya memihak kepada kita? Kini Anwar Ibrahim termalu sendiri di depan pengikut-pengikunya yang bermati-matian mempertahankan imejnya.

Apa pun seluruh rakyat malaysia perlu menghormati keputusan yang diputuskan oleh hakim. 

Kertas undi atau melalui jalan raya


Naib Presiden PKR Tian Chua akan melakukan apa saja demi untuk memastikan bosnya Anwar Ibrahim tidak kembali ke Istana Sungai Buluh. Dalam siri jelajah Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman, Kg baru beliau dengan latang menyatakan rakyat perlu bertindak menjadi hakim samada dengan tangan melalui kertas undi atau dengan kaki melalui demonstrasi jalanan.

Sebenarnya rakyat perlu sedar bahawa proses keadilan sudah berjalan dan Anwar Ibrahim sudah diberi ruang dan peluang untuk mempertahankan kesnya. Malah ada pihak yang menganggap hakim lebih banyak memihak kepada Anwar Ibrahim berbanding Saiful Bukhari. Tidak ada dalam sejarah sesuatu kes telah ditangguhkan lebih 50 kali kecuali kes yang melibat Anwar Ibrahim.

Persoalanya mengapa perlu mengheret rakyat untuk bersama-sama turun dijalanan hanya semata untuk membela seorang individu yang sarat dengan kontroversi agar cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.. Abu Ubaidi menyokong perhimpunan jalanan membela Anwar Ibrahim sekiranya beliau tidak mendapat keadilan di mahkamah tetapi sebaliknya berlaku. Beliau diberi tempoh lebih 3 tahun untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

Saturday, 7 January 2012

Sasterawan Negara Shahnon bidas kerjasama Pas-DAP

GEORGETOWN - Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad tidak setuju dengan dasar kepimpinan Pas sekarang yang mengadakan kerjasama dengan DAP.

Kedua-dua parti itu dan PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, konsep kerjasama antara Pas dan DAP sekarang ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan pada zaman Rasulullah SAW.

"Rasulullah SAW pada zaman dahulu tidak bekerjasama dengan musyrikin, sebaliknya baginda meletakkan syarat untuk mewujudkan keharmonian atau keamanan.

"Saya tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pas dan DAP ini," kata beliau kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan beberapa ahli Pas Tanjong di rumahnya di sini, hari ini.

Shahnon yang juga bekas Ahli Parlimen Sik turut menolak penggunaan istilah ulama dan profesional dalam kalangan pemimpin Pas masa kini.

Menurutnya, istilah profesional adalah mengikut sesuatu disiplin kerjaya seperti kedoktoran, kejuruteraan dan pendidikan.

"Profesional adalah pakar seperti saya digelar profesor kerana saya adalah profesor dalam kesusasteraan.

"Pas tidak nampak ulamanya melainkan (Mursyidul Am) Tok Guru (Datuk) Nik Aziz Nik Mat sahaja," katanya.

Shahnon yang terkenal dengan buku S.H.I.T sebelum ini berkata, pandangannya sekarang ini tidak lagi mahu didengar oleh sesiapa pun kerana sudah lama tidak aktif dalam politik.

Sungguhpun begitu, beliau masih aktif menjadi penulis kolum bagi sebuah majalah sastera.

Beliau menjalani pembedahan injap tahun lalu.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang hati dengan peningkatan jenayah di negara ini.

"Sepatutnya hududlah yang dijalankan iaitu hanya ke atas orang Islam. Inilah caranya untuk mengatasi jenayah," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Friday, 6 January 2012

Hak Allah VS Hak Asasi Manusia

 
Masih ingat lagi dengan isu seksualiti merdeka yang dipelapori oleh Ambiga dan disokong penuh oleh Majlis Peguam serta personaliti panas menjelang 9 hb ni Anwar Ibrahim. Mereka cuba menghalalkan 4 golongan utama songsang ini iaitu HOMOSEKSUAL. BISEKSUAL, TRANSGENDER dan LESBIAN. Semuanya atas satu slogan iaitu Hak Asasi Manusia.

Kesempatan yang ada, Abu Ubaidi ingin ketengahkan 5 perkara yang bertentangan antara Hak Allah dan Hak Asasi Manusia :
  1. Manusia adalah hak mutlak Allah SWT tetapi dalam doktrin Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa setiap manusia adalah hak mutlak dirinya.
  2. Setiap manusia terikat dengan batasan syariat Allah SWT tetapi dalam pegangan Hak Asasi Manusia jelas menyatakan manusia adalah bebas dengan hak dirinya masing-masing.
  3. Allah melarang manusia melakukan perbuatan mengikut hawa nafsunya seperti melakukan aktiviti gay, lesbian dan zina. Dalam Hak Asasi Manusia, dengan jelas menyatakan manusia bebas untuk melayan hak hawa nafsu dan keinginan fitrahnya. Justeru aktiviti gay, lesbian dan zina secara redha adalah hak bagi setiap individu itu sendiri.
  4. Agama yang diredhai Allah supaya manusia menganutinya adalah agama Islam. Namun dalam Hak Asasi Manusia mereka menganggap semua agama adalah sama sahaja dan tidak ada yang lebih antara satu sama lain.
  5. Wanita Islam wajib menutup auratnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Tetapi atas prinsip Hak Asasi Manusia wanita semuanya bebas berpakaian mengikut keinginan dan kehendaknya kerana itu adalah hak mereka.
Kenyataan Majlis Peguam Negara pada 2 November 2011 menyatakan "Jika Malaysia hendak dihormati mengamal demokrasi, negara ini perlu berhenti menganggu dan memberi ruang kepada kumpulan seksualiti minoriti". Siapa dibelangkang Majlis Peguam Negara? Tidak lain Ambiga Sreenevasan yang mana ketika perhimpunan Bersih 2.0 ramai pemimpin PAS turut serta berdemo dibelangkangnya.

Thursday, 5 January 2012

Hassan Ali : Jangan sertai kempen Bebas Anwar 901

 
SHAH ALAM – Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

“Saya menasihatkan kepada masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.

“Saya bimbang jika kita teruskan sikap demonstrasi ini, negara kita akan terdorong ke arah araki seperti negara tidak berundang,” kata beliau merujuk kepada perhimpunan yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mengumumkan keputusannya berkenaan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan beliau itu, yang baru-baru ini menjadi perhatian dalam pergolakan dalaman Pas, sekali gus menolak tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Abd. Rani Osman yang mengajak ahlinya menyertai perhimpunan haram berkenaan.

Rani menggantikan Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurut Hasan, tindakan Rani itu hanya pendapatnya sendiri dan telah membelakangi pandangan pimpinan pusat.

“Pas Selangor nampak proaktif dalam cara yang salah sebab sebelum ni dihalang ahli pergi Himpun 2011, padahal itu perkara baik membincangkan isu agama yang sebenarnya hala tuju parti Pas.

“Kalau diteruskan sikap seperti ini, pandangan parti nampak tak cantik. Jangan malukan parti dengan kenyataan dia (Rani) yang tidak mewakili Pas, itu kenyataan peribadi dia,’ katanya pada sidang media di Jabatan Agama Islam Selangor di sini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli Pas menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901.

“Boleh dikatakan 70 peratus anak muda ahli Pas, mahu mengajak mereka buat sesuatu perkara itu biarlah betul... ini isu peribadi, buat apa nak besarkan, bagi saya mahkamah dah bagi banyak ruang dan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, terima saja keputusannya nanti.

“Tambahan sekarang ini sedang peperiksaan akhir, anak muda dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh dan takluk universiti utama dunia daripada menyertai benda yang dah lama atau ‘mual’ ini,’ katanya.

Pakatan Rakyat dilapor bercadang membawa sekitar 100,000 orang menyertai kempen itu Isnin ini.

Mereka yang akan hadir termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang

Sumber : Sinar Harian

Wajarkah AUKU dimansuhkan???

Mereka ini kononnya hebat menyuarakan hak-hak mahasiswa sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap akedemik. Pandangan Abu Ubaidi AUKU wajib dimansuhkan sekiranya mahasiswa-mahasiswa ini menunjukkan kecemerlangan dalam akedemik dan pada masa yang sama aktif berpolitik.

Pendedahan ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sebagai pengajaran kepada ribuan mahasiswa betapa peluang yang diberikan usah disia-siakan. Jangan sia-siakan harapan Mak Bapak untuk melihat kejayaan anda semua. Jangan sesekali biarkan diri ini diperkudakan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik sempit mereka.

Persoalanya wajarkah AUKU dimansuhkan sekiranya personaliti-personaliti ini diambil sebagai contohnya?


Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)
 
 
Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan. 
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa
 
 
Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.
 
Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA yang dipergunakan oleh pihak pembangkang untuk menjayakan agenda gerakan politik di kalangan pelajar-pelajar junior. Kegilaan politik sehingga mereka diberhentikan pengajian di IPTA kerana pencapaian akedemik tidak memuaskan. Wajarkah mereka dijadikan ikon kepada mahasiswa?

Wednesday, 4 January 2012

Nik Nazmi Penipu

Malaysiakini dan Nik Nazmi Penipu

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan tentang kecederaan yang di alami oleh Safwan Anang, perusuh haram di UPSI pada Ahad lepas.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin ahmad Maher mengatakan bahawa Safwan Anang tidak patah tulang pipi seperti yang difitnah oleh beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang dan juga facebookers mereka.

Malah, pemeriksaan X-Ray telah dilakukan dan tiada patah tulang rusuk seperti yang difitnah oleh pro-pembangkang!

KenyataanPengarah Kesihatan Perak itu sekaligus menafikan laporan berita yang di siarkan di dalam HarahkahDaily dan MalaysiaKini sebelum ini.

Malah pembohongan Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi PKR yang mendakwa Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang tercedera itu koma dan patah tulang pipi juga palsu semata-mata menarik simpati mahasiswa dalam kelompok yang besar untuk turut serta dalam perhimpunan bebas Anwar Ibrahim 901.